awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM tidak patut beri muka kepada pesalah rasuah - TMJ

Astro Arena
Astro Arena
11/05/2016
04:33 MYT
FAM tidak patut beri muka kepada pesalah rasuah - TMJ
Tunku Ismail berpendapat FAM seharusnya mengambil pendekatan tegas kerana pengampunan hanya membuka ruang buat gejala rasuah kembali bermaharajalela. - Gambar fail
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak seharusnya memberi pengampunan kepada bekas pemain yang terlibat rasuah pada era 90-an.
FAM pada Isnin telah memberi pengampunan kepada 73 bekas pemain yang terlibat dengan gejala rasuah bola sepak pada tahun 1994-1995, sekali gus membuka laluan buat mereka kembali aktif dalam bola sepak.
Namun, TMJ melihat perkara itu hanya akan membawa impak negatif berbanding positif terhadap bola sepak Malaysia secara keseluruhan.
"Adakah FAM mengambil kira akan kesan masa panjang terhadap bola sepak tanah air sekiranya gejala rasuah dianggap mudah untuk diberi pengampunan.
"Bagaimanakah ia akan menjadi pengajaran kepada pemain generasi baru?" demikian antara persoalan ditimbulkan pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.
Tunku Ismail berpendapat FAM seharusnya mengambil pendekatan tegas kerana pengampunan hanya membuka ruang buat gejala rasuah kembali bermaharajalela dalam saingan Liga Malaysia.
"Bola sepak pada masa kini sudah mula menuju ke kancah kegemilangan, tetapi tindakan ini seolah-olah membenarkan gejala rasuah kembali bertapak semula dalam sukan ini kerana pemain tidak lagi akan dihantui perasaan takut disebabkan yakin mampu mendapatkan pengampunan suatu masa nanti.
"Rasuah sudah cukup memburukkan keadaan tetapi rasuah secara terbuka, tiada kata-kata untuk dikatakan."
Laporan mengenai FAM yang menerima rayuan 73 bekas pemain terlibat rasuah
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#pemain rasuah
#Rasuah
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan