awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM tidak tahu proses naturalisasi Morales

Bernama
Bernama
08/06/2023
03:16 MYT
FAM tidak tahu proses naturalisasi Morales
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengetahui mengenai usaha Kuala Lumpur City (KL City) FC untuk menjadikan penyerang importnya Romel Morales (gambar) sebagai pemain naturalisasi.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak mengetahui mengenai usaha Kuala Lumpur City (KL City) FC untuk menjadikan penyerang importnya Romel Morales sebagai pemain naturalisasi.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, malah pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat sokongan memandangkan proses naturalisasi kini diuruskan oleh pasukan Liga Malaysia dan bukannya dari badan induk bola sepak negara itu.
"Mengikut FAM sendiri, kami tak lagi naturalisasi pemain dengan kali terakhir kami lakukan adalah menaturalisasikan pemain kelahiran Brazil, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi dari Kosovo.
"Selepas itu, semua kami serahkan kepada kelab atau negeri untuk buat proses naturalisasi," katanya ketika ditemui di sini.
Pada 17 Ogos 2021, FAM telah membuat keputusan untuk menghentikan program naturalisasi, namun pasukan Liga Malaysia masih boleh membuat permohonan kepada kerajaan untuk menaturalisasikan pemain masing-masing.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard berkata pihak pengurusan kelab berkenaan sedang giat berusaha untuk memastikan taraf kerakyatan dan status 'anak tempatan' buat Morales yang merupakan pemain kelahiran Colombia itu diperoleh dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Stanley berkata, pemain berusia 25 tahun itu masih belum mematuhi tempoh matang untuk didaftarkan sebagai pemain naturalisasi seperti yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Selain de Paula dan Liridon, Harimau Malaya pada masa ini mempunyai beberapa lagi pemain naturalisasi lain iaitu Mohamadou Sumareh, Endrick Dos Santos, Sergio Aguero, Lee Tuck dan Paulo Josue. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Romel Morales
#pemain naturalisasi
#KL City FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan