PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menolak rayuan tiga pasukan untuk menggunakan jurulatih tanpa lesen kejurulatihan Pro AFC dalam Liga Super musim depan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, mengesahkan bahawa pihak Jawatankuasa Pelesenan Kelab FAM (FIP), menolak rayuan yang dikemukakan pasukan Sabah (Jelius Ating), Kuala Lumpur (Nidzam Adzha Yusoff) dan Pulau Pinang (Manzoor Azwira).
"Apa yang saya boleh laporkan di sini adalah Jawatankuasa Pelesenan Kelab atau FIP telah mengambil keputusan untuk menolak kesemua rayuan (untuk menggunakan) jurulatih, penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan, seperti yang terkandung dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM," kata Stuart kepada Nadi Arena.
"Keputusan jawatankuasa adalah menolak permohonan tiga kelab tersebut.
"Bukan sekadar itu, polisi dan prinsipnya sudah ada dan di sini, kami tidak boleh berpatah balik daripada peraturan sedia ada.
"Dan dengan isu yang berbangkit daripada COVID-19, kami tidak boleh menggunakan elemen tersebut kerana jika menggunakan alasan tersebut, kami perlu memberikan lebih penjelasan kepada pihak-pihak lain," katanya.
Astro Arena
Fri Nov 27 2020

STUART RAMALINGAM: Polisi dan prinsipnya sudah ada, kami tidak boleh berpatah balik daripada peraturan sedia ada. - Gambar fail

Empat pemain kelab bola sepak Brazil maut nahas pesawat
Presiden kelab itu yang turut menaiki penerbangan sama juga meninggal dunia dalam nahas itu setelah pesawat tiba-tiba terhempas di hujung landasan semasa berlepas.

17 individu di Melaka dikompaun gara-gara berjoging di taman awam
Semua taman awam di kawasan PKP ditutup dan tiada sebarang aktiviti sukan atau riadah dibenarkan sepanjang tempoh perintah itu.

Lelaki mengaku tidak sengaja bunuh ibu kandung
Seorang pekerja syarikat pembersihan mengaku bersalah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri berusia 64 tahun pada Mei tahun lalu.

Bekerja secara 'remote', norma baharu warga Astro AWANI
Pandemik COVID-19 yang melanda sejak tahun memaksa banyak perubahan dilakukan untuk meneruskan kehidupan dan tugasan seharian. Namun, dengan bantuan teknologi, komunikasi dan kerjasama yang padu, WFH tidak menganggu kelancaran siaran buletin Astro AWANI. Tonton video ini.

Industri Sawit | Paling terdedah kekurangan buruh
Menurut Felow Pelawat Kanan Khazanah Research Institute (KRI), Prof. Dr Datin Paduka Fatimah Mohamed Arshad, pengurangan itu akan menyebabkan pengeluaran menurun hampir separuh serta berdepan pengurangan sebanyak 80 peratus yang akan menyebabkan keruntuhan sistem.

Politik | Pemuda UMNO Perak teguh bersama Zahid
Pemuda UMNO Perak menyelar tindakan sesetengah pihak yang mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan nombor satu parti itu.

13 anggota sindiket dadah terbesar di Johor didakwa esok - Ayob Khan
13 anggota sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket terbabit dan teman wanitanya selaku 'akauntan' akan didakwa di mahkamah Majisteret pada Selasa.

Kain Rentang | Desak Ahmad Zahid letak jawatan, laporan polis dibuat
UMNO bahagian Tanjung Malim membuat laporan polis berhubung kain rentang yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. Melalui akaun Facebooknya pada Isnin, pemangku Ketua Bahagian, Mohd Zaidi Aziz menafikan ia dilakukan oleh ahli UMNO di bahagiannya.

PKP 2.0 | Polis Terengganu kesan 12 laluan tikus
Polis Terengganu ketatkan kawalan dan rondaan di laluan tikus bagi menghalang pergerakan rentas negeri dan daerah sepanjang tempoh PKP 2.0. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata sebanyak 12 laluan tikus dikenal pasti di daerah Besut dan Kemaman.

LPT2 | Pengguna harap pengurusan tingkat tahap keselamatan
Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 meminta pihak pengurusan lebuh raya berkenaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung kerosakan pagar keselamatan di yang menyebabkan haiwan ternakan bebas memasuki lebuh raya itu sehingga membahayakan keselamatan mereka, terutamanya pada waktu malam.

FAM tolak rayuan tiga jurulatih tanpa lesen Pro AFC
Pihak Jawatankuasa Pelesenan Kelab FAM menolak rayuan yang dikemukakan pasukan Sabah (Jelius Ating), Kuala Lumpur (Nidzam Adzha Yusoff) dan Pulau Pinang (Manzoor Azwira).