PENGENDALI skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido, diberikan peranan tambahan selepas dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 20 tahun negara.

Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika sidang media selepas Mesyuarat ke-10 Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Oktober lalu, pengendali kelahiran Sepanyol itu dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara menggantikan E. Elavarasan yang kembali ke pangkuan skuad utama selepas berjaya pacu skuad muda negara layak secara merit ke kejohanan Piala Asia B23 Qatar, April depan.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro