KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yakin Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) mampu melaksanakan transformasi dalam persatuan itu menerusi semangat perpaduan yang dimilikinya.
Hamidin berkata usaha itu boleh dilakukan dengan memanfaatkan era teknologi moden ketika ini untuk mengadakan lebih banyak program dan aktiviti demi kepentingan ahli persatuan.
"Penganjuran agenda sedia ada dan (agenda) tahunan PBMM iaitu Piala Emas Raja-raja dan Piala Agong sudah menjadi 'trademark' dan masih bertahan hingga kini, bukan mudah untuk mengekalkan usaha ini dan ia wajar dipuji, syabas saya ucapkan. Namun program seumpama itu perlu dipertingkatkan lagi.
"Lantaran itu, komitmen di setiap peringkat penting dalam bekerjasama memperkasakan lagi PBMM dengan program-program, antaranya membabitkan kejurulatihan dan akar umbi," katanya dalam laman rasmi Facebook FAM pada Rabu.
Sebelum itu Hamidin menerima kunjungan Presiden PBMM Mohd Firdaus Mohamed dan ahli jawatankuasa persatuan itu di Wisma FAM.
Dalam pada itu, Mohd Firdaus berkata persatuan itu akan membantu FAM dalam memperbanyakkan program pembangunan bola sepak, sekali gus mempergiat lagi usaha mencari bakat baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022

Hamidin berkata usaha itu boleh dilakukan dengan memanfaatkan era teknologi moden ketika ini untuk mengadakan lebih banyak program dan aktiviti demi kepentingan ahli persatuan. - Gambar fail/BERNAMA

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

FAM kena 'melabur' nak asah taring Harimau Malaya
Harimau Malaya masih mampu sekurang-kurangnya berada di Balang 3 jika menang ke atas lawan lebih kuat dalam aksi persahabatan.

Skuad B-23 bakal lalui perubahan - Presiden FAM
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan bakal melalui perubahan dalam usaha memperkukuhkan pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih Kim Pan Gon.

TMJ beri sokongan kuat di belakang tabir - Presiden FAM
Pasukan bola sepak negara yang layak secara merit ke Piala Asia 2023 telah mendapat sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

FIFA tarik balik larangan perpindahan Perak FC
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menarik balik larangan perpindahan terhadap pasukan Perak FC selepas kelab itu menjelaskan semua gaji tertunggak pemainnya.

'Harimau Malaya perlukan anda, ayuh penuhkan stadium!' - FAM
Setakat jam 8 malam Isnin jualan tiket membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh yang telah terjual sebanyak adalah sebanyak 25,568.

PM saksi perlawanan Malaysia menentang Bahrain
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini meluangkan masa menyaksikan perlawanan kedua Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Nasional di Bu

Harimau Malaya tidak boleh lena dibuai pujian - Hamidin
Menjelang pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023 bermula Rabu ini, masih banyak perkara perlu diperbaiki terutama melibatkan prestasi pemain.

Piala Asia 2022: Harap skuad B-23 dapat pendedahan berguna - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletakkan sasaran tinggi di bahu skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan pada kejohanan Piala Asia 2022 di Tashkent, Uzbekistan.

Liga Premier: Dua gol Mintah julang Terengganu FC II di Cheras
Ayam tambatan TFC II dari Ghana Jordan Mintah, muncul wira apabila meledak dua gol pada separuh masa pertama.

Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.