Ratu gimnas negara menyifatkan pemberian insentif Sukan SEA ke-30 Filipina oleh kerajaan Selangor kepada atlet negeri itu, sebagai dorongan untuk mereka mengukir lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.
"Terima kasih kepada kerajaan negeri dan mereka yang terlibat kerana sentiasa menyokong saya dan rakan atlet lain serta memberi kata-kata semangat kepada kami untuk terus menjadi yang terbaik dalam setiap sukan yang kami sertai.
"Ini juga sebagai galakan kepada kami untuk terus berusaha mencatat lebih kejayaan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas menerima insentif berjumlah RM15,000 susulan kejayaannya meraih tiga emas dalam temasya sukan dwitahunan tersebut.
Terdahulu, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyampaikan insentif Sukan SEA Filipina 2019 berjumlah RM152,000 kepada 56 atlet negeri ini dalam satu majlis di sini.
Dalam temasya sukan yang berlangsung pada 30 Nov hingga 11 Dis tahun lepas di Filipina, seramai 26 atlet Selangor meraih emas, 11 atlet memenangi pingat perak manakala 15 menyumbang gangsa daripada 28 jenis sukan yang disertai mereka.
Pemenang pingat emas menerima insentif sebanyak RM5,000 bagi setiap pingat yang diraih, perak (RM3,000) dan gangsa (RM1,500), manakala jurulatih pula masing-masing menerima RM2,000.
Mengulas lanjut, Farah Ann berkata beliau kini sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Persiapan latihan sudah tentu tertumpu kepada Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana ini adalah pertama kali saya layak ke Olimpik dan ia sangat mengujakan. Sasaran saya pada temasya sukan itu untuk buat sehabis baik," katanya.
Farah Ann mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke sukan Olimpik itu, selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 16 2020
Farah Ann Abdul Hadi menunjukkan replika cek yang diterima pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Kepada Atlet dan Jurulatih Negeri Selangor Ke Sukan SEA Filipina 2019. - Foto BERNAMA
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Penunggang negara jangan dibiarkan 'sesat', kata Azlan Shah
Khairul Idham Pawi bakal digugurkan oleh Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi saingan Moto2 musim depan.
Dua pegawai polis dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah
Kedua-dua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Seremban didakwa menerima suapan daripada Tang Yee Choy, 37, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan.
Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.
Tun M utus surat kepada Panglima ATM
Beliau dengan penuh harapan menyarankan agar panglima dan pegawai memerintah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah naungan pemerintahan agar mengundi dengan telus.
Dibuang keluarga, merempat OKU kental teruskan hidup
Kekurangan diri kerana tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU) tidak pernah dipinta oleh lelaki bernama Syukri Saad, 39 tahun.
Terbeban dengan kerja? Wanita bakal hidup sunyi - Pakar
Menurut pakar motivasi terkemuka, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika seseorang wanita itu dilamun cinta atau sedang bercinta, hal itu sama sekali tidak mengganggu prestasi kerjayanya.
Pembantu penguatkuasa KPDNKK didakwa terima suapan RM2,000
Seorang pembantu penguatkuasa KPDNKK dituduh menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang pengurus sebuah premis perniagaan.