awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?

Astro Arena
Astro Arena
28/02/2022
23:53 MYT
Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?
Farah Ann (gambar) baru-baru ini memaklumkan bahawa dia memilih untuk berhenti, kata jurulatihnya, Ng Shu Wai. - Foto Astro ARENA
TIMBUL persoalan mengenai sama ada Farah Ann Abdul Hadi telah bersara daripada sukan gimnastik atau tidak selepas Olimpian negara itu dilaporkan tidak lagi menjalani latihan di Bukit Jalil.
Perkara itu disahkan oleh jurulatihnya, Ng Shu Wai, yang berkata Farah Ann kini sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sejak dua minggu lalu.
Shu Wai, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, tampak tidak menolak kemungkinan bahawa atlet berkenaan akan meninggalkan arena sukan negara memandangkan pernah menyatakan keinginannya untuk bersara selepas penampilannya dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu.
"Farah Ann baru-baru ini memaklumkan kepada kami bahawa dia memilih untuk berhenti dan setakat ini, kami rasa kami perlu menerima keputusan itu.
"Kerana dia sudah banyak kali berbincang dengan kami dan kami juga sudah menerima keputusannya sejak dua minggu lalu," katanya.
What @farahannhadi dah stop gimnastik.. Apa yang jadi??? pic.twitter.com/9E9HVAwgpS
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 28, 2022
Topic Berkaitan
#gimnas
#Farah Ann Abdul Hadi
#berhenti berlatih
#bersara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan