awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fauzan calon 'Comeback Athlete Of The Year SAM'

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2013
03:56 MYT
Fauzan calon 'Comeback Athlete Of The Year SAM'
Selepas menjalani penggantungan selama dua tahun, karier pelumba basikal negara, Mohd Fauzan Ahmad Lufti dilihat seakan-akan berakhir.
Namun, jangkaan jauh meleset kerana hukuman yang dilaluinya itu memberi kesedaran kepadanya untuk kembali lebih garang dalam sukan yang diminati sejak di bangku sekolah lagi.
Fauzan bebas daripada penggantungan pada tahun 2011 dan sebaik kembali aktif dia semakin bersemangat untuk menggegar arena sukan berbasikal negara.
Tahun 2012 merupakan pencapaian paling cemerlang buat Fauzan walau pun sudah dua tahun tidak menyertai mana-mana kejohanan berprestasi tinggi.
Rentak kayuhannya juga semakin bertenaga, dan tidak hairan kenapa dia muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix Kebangsaan 2012.
Selain bergelar juara kebangsaan dalam acara lepas beramai-ramai, Fauzan juga menjadi pelumba terbaik negara pada Le Tour de Langkawi 2012 apabila menduduki tempat ke-36 keseluruhan.
Dia turut membantu skuad negara menduduki tempat ketiga keseluruhan pada Jelajah Thailand pada tahun yang sama.
Fauzan merupakan satu-satu wakil negara yang beraksi pada Marathon Berbasikal Piala Dunia di Itali tahun lalu, membabitkan penyertaan daripada 500 peserta dari seluruh dunia.
Kejayaan yang dibuktikan oleh pelumba ini telah mendapat pengiktirafan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang menyenaraikannya untuk anugerah 'Comeback Athlete of the Year'.
Topic Berkaitan
#basikal
#mohd fauzan ahmad lufti
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan