Pemain profesional FIFA 19 tanah air, Boon Shin (Shige), 28, akhirnya mampu beraksi selepas akaunnya dikembalikan oleh pembangun e-sukan tersebut, Electronic Arts (EA).
Shige yang bermain untuk pasukan Frost Fire itu berkata beliau sangat kecewa dengan tindakan EA sebelum ini yang menyekat akaunnya tanpa bukti yang kukuh.
“Saya sangat kecewa dengan sistem sekatan pemain daripada EA.
Selama dua minggu akaun saya disekat dan sebagai pemain profesional ia sedikit sebanyak mengganggu prestasi saya kerana latihan perlu dilakukan setiap hari.
“Saya harap EA boleh melakukan sesuatu mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum sekatan tersebut ditarik balik EA, Shige berkata dia terpaksa berlatih menggunakan akaun lamanya walaupun hanya memiliki senarai pemain yang lemah dalam mod FIFA 19 Ultimate Team (FUT) itu.
Menurut Shige, beliau telah membelanjakan sebanyak 264,000 mata FIFA dalam permainan video e-sukan itu, yang bernilai kira-kira RM10,000.
Dia juga mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan respon daripada EA, supaya isunya diambil perhatian.
Shige turut melancarkan satu petisyen untuk mengembalikan akaunnya itu pada malam tadi di change.org.
Setakat laporan ini ditulis, sebanyak 835 warganet telah menandatangani petisyen tersebut yang baharu sahaja dilancarkan pada malam semalam.
“Saya tahu saya tidak melanggar mana-mana peraturan dalam EA, sebab itu saya tidak berputus asa dalam memperjuangkan hak saya.
“Saya sangat bersyukur dengan sokongan orang ramai dan saya sangat menghargainya kesepaduan utuh komuniti dalam situasi ini.
“Saya akan cuba untuk membalas budi dengan sokongan yang diberikan,” tambahnya.
Shige yang merupakan graduan ijazah kewangan daripada sebuah universiti swasta telah melibatkan diri dalam dunia e-sukan FIFA selama kira-kira 10 tahun dan telah memenangi pelbagai kejohanan.
Astro Awani
Fri Feb 15 2019

Shige turut melancarkan satu petisyen untuk mengembalikan akaunnya itu pada malam tadi di change.org. - Foto Facebook/Boon 'Shige' Shin

AWANI Ringkas: Suspek utama kes pukul 'bodyguard' dituduh Khamis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis cadang sekolah abai SOP hingga cetus kluster baharu dikompaun
Polis Pahang mencadangkan tindakan kompaun dikenakan terhadap sekolah yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga mencetuskan kluster baharu COVID-19 di institusi pendidikan tersebut.

Penularan COVID-19 | Ibu bapa dan pihak sekolah mungkin dikenakan kompaun
Kompaun mungkin dikenakan kepada pihak sekolah, jika sekolah terpaksa ditutup kerana wujud kluster baharu COVID-19, akibat pengabaian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Laporan Khas | Cemburu membawa kepada cerai dan jenayah
Cemburu buta mampu menjejaskan hubungan suami isteri. Retak yang terbentuk mampu membawa kepada perceraian. Cemburu buta ini bukan isu remeh kerana sedar atau tidak ia menjadi salah satu punca perceraian. Malah ada juga yang membawa kepada pembunuhan.

Derita Aziem | Lahir tanpa lidah, lelangit dan jantung berlubang
Fizikalnya kelihatan normal seperti kanak-kanak lain, namun Muhammad Aziem Haikal Fitri Abdullah yang berusia setahun 10 bulan menderita kerana tiada lidah sejak dilahirkan. Tambah menyedihkan anak bongsu daripada empat adik- beradik itu juga tidak mempunyai lelangit dan gusi bahagian bawah selain menghidap jantung berlubang.

AWANIxGEMPAK | Bapa tenat akibat COVID-19, Azlan redha
Vokalis Azlan & The Typewriter, Norazlan Roslee atau Azlan, redha dengan keadaan bapanya yang kini tenat di Hospital Serdang kerana positif COVID-19. Azlan ketika ditemui Astro Gempak berkata, bapanya disahkan positif sejak dua minggu lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas seminggu dirawat.

AWANI Ringkas: COVID-19 | 2,340 kes baharu | 7 kluster baharu sekolah di Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Harga ayam kembali stabil dengan pelaksanaan Skim Harga Maksimum
Harga ayam kembali stabil ekoran pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021, di seluruh negara yang bermula hari ini.

Skuad projek FAM-MSN harus diteruskan - Kim Swee
Kim Swee yang mengulas mengenai prestasi buruk skuad bimbingan Yusri Che Lah itu, turut menolak idea pembubaran pasukan berkenaan.

AWANI Ringkas: Tiada bukti RM42 juta datang dari Raja Arab Saudi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

FIFA 19: 2 minggu selepas 'disekat' EA, Shige kini kembali beraksi
Pemain profesional FIFA 19 tanah air, Boon Shin (Shige), 28, akhirnya mampu beraksi selepas akaunnya dikembalikan oleh pembangun e-sukan tersebut, Electronic Arts (EA).

E-sukan: Mobile Legends, PES, FIFA akan ditonjolkan dalam SUKMA Perak
Ketiga-tiga e-sukan tersebut akan disertai pemain-pemain profesional seperti Amtuah, Shige dan pasukan Mobile Legends Honor MysteriousAssassin.

FIFA18: AmTuah, Luqman, Shige beraksi di pentas Asia
Siapa bakal bergelar yang terbaik di Asia dalam arena e-sukan FIFA 18?

Dari dunia perbankan ke arena maya, Shige pertaruh masa hadapan
Shige atau nama sebenarnya Boon Shin, 27, sangat terkenal dalam dunia e-sukan tempatan kerana kehebatan jemarinya mengatur taktikal di konsol dalam permainan video FIFA.