awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA umum hadiah wang tunai lumayan untuk Piala Dunia Kelab

Bernama
Bernama
27/03/2025
13:26 MYT
FIFA umum hadiah wang tunai lumayan untuk Piala Dunia Kelab
FIFA, badan induk bola sepak dunia, pada Rabu mengumumkan butiran hadiah wang tunai berjumlah US$1 bilion bagi Piala Dunia Kelab 2025, dengan juara kejohanan itu bakal menerima hadiah sehingga US$125 juta. - Foto REUTERS/Brian Snyder
GENEVA: FIFA, badan induk bola sepak dunia, pada Rabu mengumumkan butiran hadiah wang tunai berjumlah US$1 bilion bagi Piala Dunia Kelab 2025, dengan juara kejohanan itu bakal menerima hadiah sehingga US$125 juta.
Edisi sulung Piala Dunia Kelab FIFA yang menampilkan 32 pasukan akan berlangsung di Amerika Syarikat dari Jun hingga Julai 2025.
Menurut FIFA, kejohanan utama baharu itu dijangka menjana pendapatan US$2 bilion, dengan US$1 bilion diperuntukkan kepada kelab yang bertanding serta tambahan US$250 juta kepada dana solidariti global bagi bola sepak kelab.
"Model pengagihan Piala Dunia Kelab FIFA mencerminkan kemuncak bola sepak kelab dan mewakili hadiah wang tunai terbesar dalam sejarah kejohanan yang merangkumi peringkat kumpulan tujuh perlawanan dan format playoff, dengan bayaran maksimum US$125 juta dijangka bagi pasukan yang muncul juara," kata Presiden FIFA Gianni Infantino.
Sebanyak US$525 juta akan diagihkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, manakala baki US$475 juta akan diberikan berdasarkan prestasi dalam kejohanan.
Kesemua 32 kelab akan menerima bayaran penyertaan yang berbeza berdasarkan sistem ranking yang mengambil kira kriteria sukan dan komersial. Kelab utama Eropah berkemungkinan memperoleh sehingga US$38.19 juta hanya untuk menyertai kejohanan, manakala Auckland City dari Oceania akan menerima jumlah minimum US$3.58 juta.
Infantino turut menyatakan bahawa semua hasil daripada kejohanan itu akan dilaburkan semula dalam pembangunan bola sepak kelab di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FIFA
#Piala Dunia Kelab
#bola sepak
#hadiah wang tunai lumayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan