awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Piala Dunia 2026 di New York

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2024
02:00 MYT
Final Piala Dunia 2026 di New York
Piala Dunia 2026 akan diadakan di tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. - Foto agensi
PERLAWANAN akhir Piala Dunia 2026 akan diadakan di Stadium MetLife di New York, kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Isnin.
New York mengenepikan bidaan daripada Dallas untuk memastikan perlawanan final diadakan di bandar raya itu dalam kemuncak kejohanan disertai 48 dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Pertandingan akan bermula dengan perlawanan pembukaan di Stadium Azteca, Mexico pada 11 Jun 2026.
“Piala Dunia FIFA yang paling inklusif dan memberi impak bukan lagi impian tetapi realiti yang akan dibentuk dalam 104 perlawanan di 16 stadium terkini di seluruh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
“Daripada perlawanan pembukaan di Estadio Azteca yang ikonik hingga ke perlawanan akhir yang menakjubkan di New York, pemain dan peminat telah menjadi teras kepada perancangan luas kami untuk kejohanan yang mengubah permainan ini.
"Ia bukan sahaja akan mencipta rekod baharu tetapi juga meninggalkan legasi yang tidak dapat dilupakan," katanya.
Atlanta dan Dallas akan menjadi tuan rumah separuh akhir manakala perlawanan tempat ketiga akan dimainkan di Miami.
Perlawanan suku akhir akan berlangsung di Los Angeles, Kansas City, Miami dan Boston.
Sebanyak 16 bandar di seluruh tiga negara akan menganjurkan perlawanan dengan sebahagian besar perlawanan diadakan di Amerika Syarikat.
Piala Dunia 1994 juga diadakan di Amerika Syarikat dan perlawanan akhir berlangsung di Rose Bowl di Pasadena, Los Angeles.
New York menganjurkan perlawanan pada kejohanan itu di Stadium Giants lama, yang kemudiannya dirobohkan untuk memberi laluan kepada MetLife, yang dibuka pada 2010. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2026
#New York
#Stadium MetLife
#FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan