awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Flick buktikan Bayern Munich 'raja kebangkitan'

Astro Arena
Astro Arena
04/01/2021
03:17 MYT
Flick buktikan Bayern Munich 'raja kebangkitan'
Niklas Suele meraikan kejayaan menjaringkan gol ketika perlawanan Bundesliga antara FC Bayern Munich dan Mainz 05 di Munich, Jerman, 3 Jan, 2021. (Foto AP)
BAYERN Munich bangkit daripada ketinggalan untuk memenangi lapan perlawanan Bundesliga berturut-turut ketika mengatasi Mainz 5-2 di Arena Allianz awal pagi tadi.
Skuad kendalian Hansi Flick itu tidak pernah mendahului sebarang perlawanan liga sejak Oktober lalu dan hampir dikejutkan dengan kekalahan kedua musim ini jika Danny Latza menewaskan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer, pada awal babak kedua.
Mainz pada ketika itu sedang mendahului 2-0 hasil jaringan Jonathan Burkardt dan Alexander Hack dalam babak pertama tetapi Joshua Kimmich dan Leroy Sane kembali mengikat kedudukan dalam tempoh lima minit.
Percubaan Robin Quaison terkena palang sebagai amaran bahawa Mainz masih berada dalam perlawanan itu tetapi Bayern jelas pasukan yang lebih baik.
Jaringan Niklas Sule yang terbias serta gol berganda Robert Lewandowski -- gol pertama merupakan jaringan penalti -- memastikan satu lagi kemenangan memihak pasukan juara bertahan itu.
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Hansi Flick
#Danny Latza
#Manuel Neuer
#Robin Quaison
#Mainz
#Bundesliga
#Niklas Sule
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan