KUALA LUMPUR: Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Pemandu berusia 59 tahun itu yang juga dikenali sebagai 'Flying Sikh' berkata melalui kerjasama antara agensi kerajaan berkaitan dan pihak penganjur, akan dapat menjadikan Malaysia di peta kejohanan dunia sekali lagi.
"Saya fikir penganjur sekarang mempunyai impian untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia.
"Saya yakin dengan bantuan dan sokongan agensi berkaitan, kita boleh bawa kejohanan rali ke Malaysia dan menjadi tumpuan dunia semula.
"Negara mempunyai infrastruktur dan laluan rali yang cantik untuk menganjurkan acara kejohanan rali di sini," kata Olahragawan Negara 2002 itu kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan Cisco Racing di sini pada Isnin.
Sementara itu, Pengarah Urusan Cisco Rabin Nijhar berkata risiko awal perlu dipertimbangkan untuk mencipta masa depan yang lebih besar dalam kejohanan rali.
"Saya fikir Malaysia perlu kisah kemunculan semula sekarang, kita perlukan dana yang lebih besar, pasukan besar untuk melabur pada masa depan (perkongsian) dan mengambil risiko awal dan mengubahnya menjadi sesuatu yang besar.
"Ketika kita keluar daripada pandemik ini, negara ini memerlukan kisah kemunculan semula dan saya percaya Karamjit adalah kisahnya. Kami teruja untuk membawa Malaysia bersama-sama, menyokong ikon negara sebenar," katanya.
Turut hadir rakan lama Karamjit, Jagdev Singh yang teruja untuk kembali menyertai rali bersama Karamjit mewakili pasukan Cisco Racing.
Kedua-dua mereka tidak sabar untuk beraksi dalam Kejuaraan Rali Kebangsaan Malaysia yang diadakan pada 26-27 Jun bertempat di Sepang.
Karamjit pada Disember tahun lepas dilaporkan menjual apartmen, tiga kereta dan menggunakan wang simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berjumlah RM1 juta sejak 2012 sebagai modal untuk berlumba, sebelum memilih kerjaya sebagai pemandu e-hailing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 12 2021
Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Juru arah rali, Jagdev Singh meninggal dunia
Juru arah rali terkenal tempatan, Jagdev Singh yang meraih banyak kejayaan bersama pemandu legenda Karamjit Singh meninggal dunia pada Isnin ketika usia 55 tahun.
'Flying Sikh' tinggalkan Proton, pilih Perodua Myvi
Katanya, keputusan tersebut terpaksa dibuat selepas tidak mendapat sokongan daripada pengeluar kereta pertama Malaysia itu.
Karamjit bawa pulang 12 trofi pada usia 60 tahun
Karamjit Singh merangkul tiga kejuaraan pada pelumbaan di Muara Bungo, Jambi, Indonesia yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.
'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Kes bunuh Tapah: Anak mangsa terpaksa dipujuk duduki SPM
Isteri Jasbeer tidak berhenti menangis, anak-anak pula tidak mahu pergi ke sekolah, kata Karamjit Singh, abang Jasbeer yang dipercayai dibunuh empat sekeluara.
Keluarga ambil keputusan untuk bakar mayat mendiang Karamjit di Malaysia
Mayat mangsa MH17, Karamjit Singh Karnail Singh akan dibawa pulang untuk upacara pembakaran mayat di Malaysia.