awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FMI 2025 himpun jaguh Muay Thai enam negara

Bernama
Bernama
10/05/2025
13:04 MYT
FMI 2025 himpun jaguh Muay Thai enam negara
FMI 2025 bakal menghimpunkan penyertaan lebih 250 atlet Muay Thai amatur dan 18 atlet profesional antarabangsa dari enam negara. - Foto: www.ticket2u.com.my
KUALA LUMPUR: Kelab Muaythai Kala Merah (KMKM) dengan kerjasama Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) dan Persatuan Muaythai Kuala Lumpur (PMKL) akan menganjurkan kejohanan 'Fightnight Muaythai International' (FMI) 2025 di Stadium Titiwangsa di sini, pada 24 Mei ini.
Pengerusi KMKM Datuk Hairudin Yunos berkata FMI 2025 bakal menghimpunkan penyertaan lebih 250 atlet Muay Thai amatur dan 18 atlet profesional antarabangsa dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Iran dan Yaman.
Katanya kejohanan julung kali dianjurkan itu bukan sekadar medan pertempuran sukan tetapi juga sebuah pentas perpaduan, pembangunan industri sukan dan promosi pelancongan sukan, selain turut dapat membuka ruang untuk bakat tempatan menyerlah ke peringkat lebih tinggi.
"Kejohanan ini dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung termasuk atlet, pegawai teknikal, NGO, penaja dan peminat sukan tempatan serta antarabangsa.
"Fight Night ini adalah kejohanan sebenar bukan sekadar mencari publisiti. Kami menjanjikan barisan fighter terbaik dengan latar belakang kukuh dari kelab-kelab yang hebat di dalam dan luar negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Hairudin berkata pihaknya menjalin kerjasama erat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan FMI 2025 dianjurkan secara profesional, selamat dan memenuhi standard kejohanan berprestij antarabangsa.
Peminat dan orang ramai boleh mendapatkan tiket ke FMI 2025 secara dalam talian di https://www.ticket2u.com.my/event/42303/fightnight-muaythai-international-2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FMI 2025
#fightnight muaythai international
#Stadium Titiwangsa
#promosi pelancongan
#atlet enam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan