awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fonte sertai kelab China

Astro Arena
Astro Arena
24/02/2018
02:37 MYT
Fonte sertai kelab China
Fonte, yang baru pulih daripada kecederaan pergelangan kaki beberapa minggu kebelakangan ini, melihat hubungannya dengan West Ham keruh susulan komen pemilik David Sullivan. - Foto Astro ARENA
JOSE Fonte beralih angin ke Liga Super China, Dalian Yifang, dengan bayaran yang tidak didedahkan, demikian West Ham mengesahkannya.
Pemain berusia 34 tahun itu menandatangani kontrak dengan Hammers dari Southampton dengan yuran mencecah £8 juta (RM43.7j) pada Januari tahun lalu, namun hanya membuat lapan penampilan musim ini.
"West Ham United mengesahkan Jose Fonte bersetuju untuk menyertai pasukan Liga Super China, Dalian Yifang, dengan bayaran yang tidak didedahkan," menurut kelab itu dalam satu kenyataan.
"West Ham United mengucapkan terima kasih kepada Jose atas usahanya sepanjang masa di kelab ini dan berharap masa depan yang berjaya bersama Dalian Yifang."
Fonte, yang baru pulih daripada kecederaan pergelangan kaki beberapa minggu kebelakangan ini, melihat hubungannya dengan West Ham keruh susulan komen pemilik David Sullivan.
Pemain antarabangsa Portugal itu menuduh anak Sullivan telah memohon kelab itu supaya tidak menandatangani pertahanan terbabit mahupun Robert Snodgrass.
Dalian, yang meraih tiket Liga Super pada 2017 selepas memenangi Divisyen Satu, turut dikaitkan dengan pemain Atletico Madrid, Fernando Torres dan Yannick Carrasco.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#China
#Dalian Yifang
#Hammers
#Jose Fonte
#Liga Super
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan