SPORTS
Forest tolak tawaran lumayan untuk Elanga

Aksi Elanga (kanan) berebut bola dengan Amadou Onana ketika perlawanan EPL antara Aston Villa dan Nottingham Forest, di Villa Park, Birmingham, England, 5 Apr 2025. (Foto AP)
KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest dilaporkan menolak tawaran lumayan bernilai 50 juta pound bagi mendapatkan khidmat pemain sayap lincah, Anthony Elanga.
Pemain Sweden itu menjadi bualan hangat minggu ini selepas menjaringkan gol kemenangan menakjubkan ketika menentang bekas kelabnya, Manchester United di Stadium City Ground.
Menurut laporan, Forest begitu menghargai potensi dan sumbangan Elanga sehingga sanggup menolak beberapa tawaran besar daripada Newcastle United.
Tawaran termasuk pada jendela perpindahan musim panas lalu dan Januari, yang nilainya mencecah 50 juta pound.Pengendali Forest, Nuno Espírito Santo, turut gembira terhadap prestasi dan kemajuan ditunjukkan pemain berusia 21 tahun itu, namun menegaskan tiada rahsia khusus di sebalik peningkatan tersebut.
“Dia semakin baik kerana diberi peluang bermain secara konsisten setiap minggu.
“Rakan sepasukannya juga menghargai kelebihan dan kelajuannya.
"Gol yang dijaringkan di City Ground adalah hasil usaha dan keupayaannya mengawal bola sambil terus meningkatkan kelajuan – ia menggambarkan kekuatan individu Elanga,” kata Nuno mengenai pemain yang menyertai Forest dari Manchester United musim lalu.
LIGA PERDANA INGGERIS
AHAD (6 APRIL)
Aston Villa lwn Nottingham Forest, 12.30 malam
Tottenham Hotspur lwn Southampton, 9 malam
Brentford lwn Chelsea, 9 malam
Fulham lwn Liverpool, 9 malam
Manchester United lwn Manchester City, 11. 30 malam
SELASA (8 APRIL)
Leicester City lwn Newcastle United, 3 pagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami