awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Frost tolak khabar angin V Shem-Wee Kiong akan dipisahkan

Bernama
Bernama
29/05/2017
03:21 MYT
Frost tolak khabar angin V Shem-Wee Kiong akan dipisahkan
Malaysia tersingkir pada saingan suku akhir Piala Sudirman selepas kalah 3-1 kepada Jepun dengan beregu V Shem-Wee Kiong (Hambar)tewas kepada gandingan tidak ternama, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda. Gambar fail
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak khabar angin kononnya gandingan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong akan dipisahkan susulan persembahan buruk yang ditampilkan oleh pasangan itu pada Kejohanan Piala Sudirman di Gold Coast, Australia, minggu lepas.
Morten Frost Hansen berkata keputusan untuk merombak gandingan beregu negara itu termasuk beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Woo Khe Wei akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) yang dipengerusikan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, minggu ini.
"Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini tetapi akan mengemukakan laporan mengenai prestasi mereka pada mesyuarat C&T dan biar lihat apa yang akan berlaku nanti," katanya kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp hari ini.
Malaysia tersingkir pada saingan suku akhir Piala Sudirman selepas kalah 3-1 kepada Jepun dengan beregu V Shem-Wee Kiong tewas kepada gandingan tidak ternama, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda, pada tiga pertemuan iaitu dua di peringkat kumpulan dan di suku akhir pada kejohanan berpasukan campuran itu.
Beregu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu, kini sedang bergelut dengan prestasi terumbang ambing musim ini selepas hanya mampu sampai ke peringkat suku akhir di tiga kejohanan super siri iaitu All-England, Terbuka India dan Singapura tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Goh V Shem
#morten frost
#Tan Wee Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan