awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabungan FAS, PKNS FC kukuhkan Selangor dalam liga

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/12/2019
06:25 MYT
Gabungan FAS, PKNS FC kukuhkan Selangor dalam liga
Amirudin (tiga, kiri) melancarkan Program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian
Penggabungan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) bakal menjadikan bola sepak Selangor lebih hebat dan kukuh pada sesi liga akan datang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, anak syarikat kerajaan negeri Selangor akan menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat badan pengurusan yang baharu.
"Memang satu keputusan yang telah ditetapkan bahawa akan ada badan pengurusan di mana badan pengursan itu adalah dari kalangan kerajaan negeri iaitu PKNS dan anak syarikat kerajaan negeri yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri.
"Ada saham daripada FAS dan ada saham daripada kalangan syarikat swasta dan inividu. Ia bukan hak milik swasta sepenuhnya. Ia masih mewakili Selangor kalau 50 peratus dipegang oleh anak syarikat kerajaan negeri yg merupakan antara penyumbang terbesar kepada syarikat berkenaan.
"Saya harap formula itu akan kekal dan boleh melonjakkan pasukan bola sepak negeri Selangor dengan pengurusan dan keputusan yang profesional," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau sebelum itu melancarkan Program ‘Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi’ di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf yang menyaksikan pelbagai acara sukan dipertandingkan termasuk e-sukan, bola jaring, bola sepak jalanan dan pelbagai lagi.
Diminta mengulas berkenaan ganjaran kepada atlet Selangor yang mengharumkan nama negara pada temasya Sukan SEA di Manila baru-baru ini, Amirudin berkata, majlis penyampaian insentif itu akan dilakukan pada pertengahan Januari tahun hadapan.
"Kita telah ada menyediakan jadual ganjaran kepada atlet negeri yang menyumbang pingat bagi temasya seperti Olimpik, Asia, SEA. Saya tidak dapat perincikan jumlahnya, tapi memang kita telah menetapkannya sekitar RM3,000 ke RM5,000.
"Insya-Allah, kita akan menjemput Sultan Selangor untuk menyampaikan ganjaran tersebut," ujarnya.
Difahamkan, daripada 55 pingat emas yang dimenangi 26 daripadanya disumbangkan oleh atlet Selangor.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#bola sepak
#Ganjaran
#Menteri Besar
#Olimpik
#pingat emas
#PKNS
#Selangor
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan