Galven Kendall Green mencipta kemenangan pertama dalam kategeori lelaki bawah 21 tahun pada Cabaran Golf Proton-Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) 2014 di Glenmarie Golf and Country Club, di sini, Ahad.
Pemain berusia 15 tahun dan memiliki handikap sifar itu mencatatkan pukulan lima atas 77 pada pusingan akhir, sekali gus mengakhiri kejohanan empat hari itu dengan catatan keseluruhan 290 pukulan.
Berikutan kejayaan tersebut, Galven mempunyai peluang untuk dipertimbangkan bagi mewakili negara pada temasya Sukan Olimpik 2016 Rio Je Janeiro, Brazil apabila sukan itu menjadi acara pingat buat pertama kali dalam tempoh 112 tahun.
"Saya gembira untuk menyatakan bahawa ini adalah pertama kali saya menjuarai kejohanan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima hadiah biasiswa dan trofi daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengasas serta penaung Yayasan Golf Amal TSM.
Sementara itu, kategotri wanita pula menyaksikan pemain berusia 17 tahun, Nur Eliana Ariffin turut merangkul kejuaraan pertama selepas mencatatkan lima atas 77 pada pusingan akhir, sekali gus mengumpul catatan 300 pukulan keseluruhan.
Nur Eliana, yang menduduki tempat ketiga pada edisi tahun lepas, berkata beliau tida menjangka dapat memenangi kejohanan itu kerana saingan yang hebat.
Beliau turut berjaya melakukan pukulan selubang (hole-in-one) pada lubang ke-12 dalam kejohanan itu dan memenangi sebuah motosikal Modenas.
Galven dan Nur Eliana masing-masing menerma biasiswa Yayasan Golf Amal TSM bernilai RM$50,000 dan RM$40,000 untuk mengikuti latihan di akademi golf yang diiktiraf serta pendedahan di pelbagai kejohanan.
Kejohanan tahunan itu dijanjurkan oleh Yaysan Golf Amal TSM dengan tujuan mencungkil dan melatih pemain bawah 21 tahun dengan handikap bawah 12.
Sebanyak 80 pemain dipilih untuk kejohanan ini berdasarkan mata merit dan kedudukan Ranking Golf Amatur Dunia (WARG).
Bernama
Sun Dec 07 2014
Muhyiddin bergambar bersama Nur Eliana dan Galven. - fotoBERNAMA
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Galven, Nur Eliana muncul juara Cabaran Golf TSM 2014
Galven mempunyai peluang untuk dipertimbangkan bagi mewakili negara pada temasya Sukan Olimpik 2016 Rio Je Janeiro, Brazil apabila sukan itu menjadi acara pingat buat pertama kal