awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garuda 'dibaham' Harimau Malaya: INA 2-3 MAS

Israr Khalid, Hasimi Muhamad
Israr Khalid, Hasimi Muhamad
05/09/2019
14:11 MYT
Garuda 'dibaham' Harimau Malaya: INA 2-3 MAS
Syafiq Ahmad menanduk masuk gol penyamaan kedua negara. - @FAM_Malaysia
Harimau Malaya mengutip tiga mata berharga apabila menundukkan cabaran Garuda di Gelora Bung Karno dalam perlawanan dramatik aksi pertama Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 pada Khamis malam.
Cabaran skuad negara sebenarnya sudah bermula di luar stadium apabila berdepan provokasi penyokong Garuda, termasuk Ekor Harimau atau kumpulan penyokong Malaysia yang disambut dengan balingan batu.
Kemudian, dua kali skuad kendalian Tan Cheng Hoe ketinggalan sebelum bangkit dan meledak gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan.
Garuda membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi gerakan cantik mengelirukan barisan pertahanan negara yang disudahkan pemain kelahiran Brazil, Alberto Goncalves.
Pendahuluan mereka hanya bertahan pada minit ke-37 apabila Mohamadou Sumareh yang tidak sampai seminit masuk menolak bola ke melepasi penjaga gol Indonesia.
Bagaimanapun, belum habis sorakan gol penyamaan oleh rombongan Malaysia, Indonesia merentap kegembiraan pelawat apabila Goncalves sekali lagi meledak daripada kealpaan benteng negara.
Kedua-dua musuh tetangga saling berbalas serangan, ketika peluang lebih banyak dimiliki skuad Malaysia tetapi gagal disudahkan sebaiknya.
Sehinggalah pada minit ke-97, akhirnya gegak gempita Gelora Bung Karno disentak dan senyap tatkala hantaran lintang Matthew Davies ditampan masuk ke gawang oleh Sumareh untuk jaringan ketiga negara.
Skuad Harimau Malaya seterusnya berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa ini.
Topic Berkaitan
#Asia
#Garuda
#Gelora Bung Karno
#Harimau Malaysia
#Indonesia
#JanganGaduhGaduh
#Kuala Lumpur
#Piala Dunia
#Ultras Malaya
#WeBelangTogether
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan