awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gol akrobatik Garnacho dinobat terbaik EPL

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2024
00:40 MYT
Gol akrobatik Garnacho dinobat terbaik EPL
Garnacho mejaringkan gol menakjubkan seawal minit ketiga semasa aksi EPL menentang Everton pada September lalu. Foto X/Alejandro Garnacho Club
PENYOKONG Manchester United yang masih segar dengan kemenangan Piala FA pada Sabtu lalu diceriakan lagi apabila jaringan penyerang muda, Alejandro Garnacho semasa menentang Everton dinobat sebagai gol terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Gol menerusi sepakan akrobatik pemain berusia 19 tahun itu dijelmakan seawal minit ketiga semasa aksi EPL di Goodison Park pada 27 November tahun lalu.
Dalam perlawanan tersebut, Garnacho tenang menyambut hantaran silang Diogo Dalot dan melepaskan rembatan di udara sebelum bola menerjah masuk ke penjuru gol melepas penjaga gawang, Jordan Pickford.
Garnacho meraikan jaringan tersebut dengan berlari ke penjuru padang melakukan 'siu' iaitu gaya meraikan jaringan yang sinonim dengan legenda kelab, Cristiano Ronaldo.
Gol sepakan gunting itu hampir menyamai jaringan mengagumkan Wayne Rooney ketika derbi Manchester menentang Manchester City pada tahun 2011.
Untuk rekod, Garnacho yang pernah dirantai pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam turut menjaringkan go ketika United menewaskan City 2-1 pada aksi final Piala FA di Stadium Wembley. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Alejandro Garnacho
#Manchester United
#Piala FA
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan