awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gol ofsaid bantu Chelsea raih kemenangan

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
31/03/2019
20:05 MYT
Gol ofsaid bantu Chelsea raih kemenangan
Oumar Pemain Cardiff, Niasse (kiri) dan Willian dalam perlawanan di Stadium Cardiff City pada Ahad. - AP
RUBEN Loftus-Cheek muncul wira pasukan Chelsea apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya dalam masa kecederaan menentang Cardiff City pada Ahad.
Sebelum itu, Chelsea ketinggalan pada awal babak kedua selepas Victor Camarasa menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah.
Namun tandukan Cesar Azpilicueta dikira sebagai gol penyamaan, walaupun dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Penyokong Chelsea ternyata kecewa dengan pengurus pasukan, Maurizio Sarri atas prestasi tidak menentu pasukan itu dengan meluahkan rasa tidak puas hati mereka di Stadium Cardiff City.
Mereka ketinggalan pada minit pertama babak kedua bersambung selepas Camarasa melepaskan voli yang melencong untuk menewaskan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.
Pada minit ke-84, sepakan sudut Willian disambut ditanduk Alonso ke arah Azpilicueta yang berada dalam posisi ofsaid, namun gol hasil tandukannya dikira.
Video ulangan menunjukkan pengadil membuat keputusan yang salah dan membangkitkan semula usul penggunaan video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
VAR hanya akan digunakan dalam EPL pada musim hadapan.
Nasib menyebelahi Chelsea lagi apabila Loftus-Cheek menanduk masuk gol kemenangan hasil sepakan lintang, Willian pada minit pertama masa kecederaan babak kedua.
Chelsea kini menduduki tangga keenam liga, berkongsi 60 mata dengan Arsenal yang mempunyai kelebihan perbezaan jaringan dan juga beraksi kurang satu perlawanan.
Topic Berkaitan
#Cardiff Chelsea
#Cesar Azpilicueta
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Loftus-Cheek
#Maurizio Sarri
#VAR
#Victor Camarasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan