awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golf Piala Dunia: Gavin, Leong duduki tempat ke-22

Bernama
Bernama
25/11/2018
23:35 MYT
Golf Piala Dunia: Gavin, Leong duduki tempat ke-22
Gavin Kyle Green. - Gambar fail
Dua pemain golf Malaysia, Gavin Kyle Green dan Ben Leong gagal mengekalkan prestasi cemerlang sebelum ini selepas jatuh tujuh tangga dan menamatkan kempen mereka pada Golf Piala Dunia 2018 di Melbourne, Australia, pada Ahad di tempat ke-22.
Mereka menamatkan permainan dalam pusingan akhir 'foursomes' pada Ahad dengan 74 pukulan menjadikan keputusan keseluruhan empat hari, enam bawah par 282 dalam kejohanan yang diadakan di Metropolitan Golf Club di South Oakleigh.
Menurut laman web kejohanan; www.worldcupofgolf.com, kedudukan tersebut membolehkan pasangan Malaysia itu membawa pulang US $58,000 (RM243,281).
Keputusan itu juga mengulangi prestasi pasangan Danny Chia dan Nicholas Fung yang menduduki kedudukan yang sama pada edisi 2006 yang juga berlangsung di tempat yang sama.
Pendahulu keseluruhan, Thomas Pieters dan Thomas Detry berjaya memenangi gelaran pertama untuk Belgium dengan meninggalkan pencabar terdekat mereka, Marc Leishman dan Cameron Smith dari Australia dengan kelebihan tiga pukulan.
Pieters dan Detry mencatat 68 pukulan pada Ahad untuk jumlah keseluruhan 23 bawah par 265 dan merangkul hadiah kemenangan bernilai AS $2.240 juta (RM9.395 juta).
PENDAHULU PUSINGAN FOUR SCORES:
265 - Thomas Pieters / Thomas Detry (BEL) 63-71-63-68
268 - Marc Leishman / Cameron Smith (AUS) 62-76-65-65, Abraham Ancer / Roberto Diaz (MEX) 67-70-65-66
271 - Thorbjorn Olesen / Soren Kjeldsen (DEN) 63-77-66-65, Adam Hadwin / Nick A Taylor (CAN) 68-73-64-66
... ..
GAVIN KYLE GREEN / BEN LEONG (MAS) 63-73-72-74
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#Ben Leong
#foursomes
#Gavin Kyle Green
#golf
#Golf Piala Dunia
#Malaysia
#Melbourne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan