KUALA LUMPUR:Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) -- Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli meningkatkan peluang menamatkan perlumbaan di podium, selepas kedua-dua mereka bermula di barisan hadapan dalam perlumbaan GP Aragon di Litar Aragon Sepanyol pada Ahad.
Pada sesi kelayakan Sabtu, pendahulu Kejuaraan MotoGP Quartararo, menunjukkan tunggangan sensasi selepas mencatatkan masa terpantas 1 minit 47.076 saat, sekali gus menduduki petak hadapan buat kali keempat musim ini.
Terdahulu sewaktu sesi latihan ketiga, Quartararo terlibat dalam kemalangan dan telah dikejarkan ke pusat perubatan, namun diisytiharkan sihat oleh pegawai perubatan, selepas tidak mengalami sebarang kecederaan teruk pada dirinya.
Sebelum ini pelumba Perancis berusia 21 tahun itu, mengungguli petak pertama dua kali berturut-turut di GP Sepanyol dan GP Andalusia di Litar Jerez, selain di GP Perancis di Litar Le Mans.
"Sejujurnya selepas kemalangan (sebelah pagi), saya fikir saya tidak akan dapat berlumba pada sebelah petang (sesi kelayakan). Bila saya jatuh saya rasa amat sedih.
"Ia agak sukar untuk saya kerana terlibat dalam kemalangan, pagi semalam juga saya kemalangan sebelum kejadian hari ini. Biasanya saya akan ambil sedikit masa untuk pulih, dan pada FP4, ia tidak mengecewakan, tetapi saya sepatutnya boleh catatkan masa lebih baik," katanya.
Rakan sepasukannya Morbidelli, menduduki tempat keempat selepas mencatatkan masa 1 minit 47.317 saat.
Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales dari Perancis dan pelumba Great Britain Cal Crutchlow dari LCR Honda Castrol, masig-masing akan memulakan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga selepas mencatatkan masa 1:47.122 saat dan 1:47.305 saat.
Sementara itu, pelumba Petronas Sprinta Racing Moto3 -- John McPhee dari Scotland dan pelumba Malaysia Khairul Idham Pawi, masing-masing berada di tempat ke-10 dan ke-28.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 17 2020
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team Fabio Quartararo (kiri) dan Franco Morbidelli (kanan). - Gambar fail BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.
Membina kerjaya di Petronas: Dari luar pesisir Kerteh ke persada dunia
Peluang menimba ilmu yang diberikan oleh Petronas berjaya melahirkan ramai pekerja mahir bertaraf antarabangsa, sekali gus menguntungkan negara dari segi pembangunan modal insan.