KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022, Oktober ini.
Syarifuddin, yang lebih dikenali sebagai Damok, berkata ia sebagai menyahut cabaran Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif, yang tidak berpuas hati dengan prestasi ditonjolkannya pada beberapa perlumbaan sebelum ini.
"Saya sangat teruja untuk sahut cabaran CEO (Azhan Shafriman) untuk menamatkan saingan di kelompok hadapan di perlumbaan ini, jadi saya akan buktikan kepada beliau.
"Pernah sertai beberapa perlumbaan menerusi tiket wild card sebelum ini, tapi saya hanya di kedudukan ke-19 (perlumbaan di GP Catalunya). Ramai kecewa dengan keputusan saya, tapi saya akan buktikan saya boleh buat," katanya pada sidang media selepas pelancaran GP Malaysia 2022 di Dewan Filharmonik Petronas, di sini, semalam.
Pelumba berusia 21 tahun itu, mahu menjadikan saingan Kejuaraan Dunia JuniorGP FIM di Misano World Circuit pada September, sebagai pentas buatnya membuat persediaan sebelum berentap di Sepang bermula 21-23 Okt ini.
Damok yang kini menduduki tempat kedua daripada 26 pelumba dalam kedudukan Junior GP dengan 97 mata, bakal beraksi buat kali kelima di saingan Moto3 menerusi tiket wild card.
Beliau membuat penampilan pertama di GP Aragon pada musim lepas dengan kedudukan ke-13, kemudian hanya meraih kedudukan ke-24 di GP Portugal (22-24 April), tempat ke-22 di GP Sepanyol (29 April-1 Mei) dan tempat ke-19 di GP Catalunya (3-5 Jun) pada musim ini.
Sementara itu, Azhan Shafriman berharap Damok mampu mencapai sasarannya untuk berada dalam kelompok 10 pelumba teratas pada perlumbaan itu.
Jangkaan saya kepada Damok tidak kurang untuk berada dalam kelompok teratas perlumbaan, harap dia boleh memberi saingan terbaik, malah kelebihannya beraksi di laman sendiri dan telah berlatih di sini berkali-kali.
"Saya menaruh kepercayaan kepadanya dan saya harap dia boleh menerima cabaran saya untuk perlumbaan akan datang ini," katanya.
Bagi Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz pula, beliau berharap pelumba muda itu mampu berada pada kedudukan kelima teratas pada perlumbaan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Damok yang kini menduduki tempat kedua daripada 26 pelumba dalam kedudukan Junior GP dengan 97 mata, bakal beraksi buat kali kelima di saingan Moto3 menerusi tiket wild card. - Foto Instagram/syarifuddinazman
Rakyat Malaysia di Florida dinasihatkan berwaspada ketika Taufan Milton hampiri Pantai Teluk
Kementerian Luar Malaysia menasihati rakyat Malaysia di Florida agar kekal berwaspada ketika Taufan Milton, yang kini berada pada Kategori 5, menghampiri Pantai Teluk Amerika Syarikat.
Agenda AWANI: Asia Tenggara lubuk jenayah siber?
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan rangkaian jenayah terancang berpusat di Asia Tenggara menerusi aplikasi Telegram melibatkan penggunaan 'deepfake', penjualan hasad dan pertukaran mata wang kripto tanpa lesen yang melakukan pengubahan wang haram. Apa perlu kita buat untuk selamat daripada ancaman jenayah siber ini?
AWANI Ringkas: Muslim paling berpengaruh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Monsun Timur Laut mungkin bermula hujung Oktober
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Istiadat perkahwinan Tengku Arif dan Tengku Natasya bermula 22 Okt
Istiadat perkahwinan anakanda Sultan Pahang, Putera Diraja Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dengan pasangan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadual bermula dengan Istiadat Meletak Kerja pada Selasa 22 Oktober di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Laporan Khas: Kisah Badak Sumatera berakhir beralih ke Gajah Pygmy
Selepas usaha untuk menyelamatkan badak Sumatera terakhir gagal, pasukan BORA segera mengambil langkah untuk memulihara gajah pygmy yang semakin terancam. Segala usaha yang dilakukan adalah bagi mengelak konflik antara gajah dan manusia.
Orang ramai diminta berwaspada, monsun timur laut mungkin bermula akhir Okt
Monsun Timur Laut dijangka bermula seawal minggu keempat bulan ini berbanding ramalan awal.
Selesaikan segera konflik Myanmar
Penyertaan Timor Leste dalam Asean mampu memberi nilai tambah.
Lebih 100 peratus tempat kediaman sasaran di Sabah dilawati
Banci Pertanian 2024 yang dilaksanakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sejak 7 Julai hampir sampai ke penghujungnya di negeri Sabah.
#AWANIRingkas 8 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 8 Oktober 2024
1️⃣ Monsun Timur Laut mungkin bermula hujung Oktober
2️⃣ Belum ada keputusan henti subsidi anak orang kaya
3️⃣ Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan negara
#awaniringkas
1️⃣ Monsun Timur Laut mungkin bermula hujung Oktober
2️⃣ Belum ada keputusan henti subsidi anak orang kaya
3️⃣ Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan negara
#awaniringkas
Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.
Tekad untuk kembali semula ke MotoGP - Hafizh Syahrin
Pada penampilan terakhir kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini, Hafizh menamatkan saingan GP Malaysia 2019 di tempat ke-16.