awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guardiola jangka Fernandinho direhatkan enam minggu

Astro Arena
Astro Arena
22/10/2020
04:30 MYT
Guardiola jangka Fernandinho direhatkan enam minggu
Fernandinho menerima rawatan ketika cedera dalam perlawanan kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester City dan FC Porto di Stadium Etihad, Manchester, England, 21 Okt, 2020. (Foto AP)
PEP Guardiola menjangkakan kapten pasukannya, Fernandinho, akan direhatkan di antara empat ke enam bulan selepas pemain tengah itu mengalami satu lagi kecederaan ketika Manchester City menewaskan Porto 3-1 dalam Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Brazil itu dimasukkan pada minit ke-85 perlawanan Kumpulan C di Stadium Etihad itu tetapi tidak dapat menamatkan permainan kerana kecederaan kaki.
Fernandinho bergelut dengan masalah otot sepanjang beberapa musim ini yang menyaksikannya diketepikan dalam 15 perlawanan dua musim lalu, di mana City menyapu bersih kesemua gelaran domestik.
Dan Guardiola, yang turut tidak dapat menurunkan Gabriel Jesus, Nathan Ake, Benjamin Mendy, Kevin De Bruyne dan Aymeric Laporte ketika menentang Porto, berasakan pemain tengah serba boleh itu akan sekali lagi berehat panjang.
"Ia berita buruk, dia mengalami kecederaan di tempat yang sama sebelum ini," kata Guardiola kepada BT Sport.
"Dia akan diketepikan untuk tempoh yang panjang. Itulah yang berlaku."
Fernandinho telah melakukan 288 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai City pada 2013 dan kerap mengisi kekosongan posisi pertahanan tengah sejak akhir-akhir ini.
Job well done! #ManCity | https://t.co/axa0klD5re pic.twitter.com/TPOSGSXUim
— Manchester City (@ManCity) October 21, 2020
Mengulas lanjut dalam sidang media selepas perlawanan, Guardiola menambah: "Ia mungkin memakan masa empat hingga enam minggu. Ia tamparan yang besar memandangkan kami perlu melalui banyak perlawanan dan tiada pemain."
Bagaimanapun, Guardiola memberi berita positif mengenai tahap kecergasan De Bruyne dan Laporte dengan kedua-dua pemain itu berpeluang untuk diturunkan dalam perlawanan liga menentang West Ham, Sabtu ini.
"Saya fikir Kevin dan Laporte akan memulakan latihan esok tetapi saya tidak tahu bagaimana keadaan mereka esok dan sehari selepasnya, jadi kita akan lihat.
"Malangnya, selepas ada pemain kembali, kami kehilangan seorang lagi tetapi ia kepulangan yang amat penting.
"Dalam tiga hari ini, kami akan ke London dan selepas itu, kami akan ke Perancis untuk bertemu Marseille sebelum bertemu Sheffield (United) tiga hari kemudian.
"Jadualnya amat padat dan kami memerlukan kesemua pemain," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Pep Guardiola
#Fernandinho
#kapten pasukan
#rehat
#cedera
#Manchester City
#Porto
#Liga Juara-Juara Eropah
#masalah otot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan