awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haaland bergaya lagi, City benam Everton di Etihad

Muhamad Syazwan Jonizar
Muhamad Syazwan Jonizar
18/10/2025
23:40 MYT
Haaland bergaya lagi, City benam Everton di Etihad
Erling Braut Haaland terus membuktikan ketajamannya apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit. - Foto REUTERS
ERLING Braut Haaland terus membuktikan ketajamannya apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit untuk membantu Manchester City menewaskan Everton 2-0 di Stadium Etihad.

Ringkasan AI
  • Erling Haaland menjaringkan dua gol dalam lima minit untuk membantu Manchester City menewaskan Everton, menjadikan jumlah golnya musim ini kepada 11.
  • Walaupun lebih berbahaya pada babak pertama, Everton gagal menyudahkan peluang terbaik sebelum City menguasai permainan selepas rehat.
  • City kini mencatat 11 kemenangan di Etihad tahun ini, manakala Savinho muncul sebagai penyumbang utama bantuan gol kepada Haaland dalam liga.

Penyerang Norway itu kini mengumpul 11 gol liga musim ini dan mencatatkan jaringan ke-96 dalam saingan Premier League sekali gus meledak dalam enam perlawanan berturut-turut.
Everton tampil lebih berbahaya pada babak pertama dengan Beto mensia-siakan peluang keemasan apabila gagal menyudahkan bola ke gawang terbuka. Namun, selepas rehat, City kembali menguasai permainan apabila Haaland menanduk masuk hantaran silang Nico O’Reilly sebelum menambah gol kedua menerusi rembatan rendah yang menewaskan Jordan Pickford.
Pickford kemudian menafikan percubaan Haaland untuk melengkapkan hatrik, namun kemenangan itu sudah memadai untuk City naik ke tangga kedua liga, manakala Everton jatuh ke tangga ke-10.
City kini merekodkan 11 kemenangan daripada 14 perlawanan di laman sendiri pada tahun 2025 (1 seri, 2 kalah) rekod terbaik dalam liga dari segi jumlah kemenangan dan kutipan mata di gelanggang sendiri.
Menariknya, tujuh daripada 12 bantuan gol Savinho musim ini hadir untuk Haaland. Sejak musim lalu, hanya Jacob Murphy (sembilan bantuan kepada Alexander Isak) mencatat lebih banyak bantuan kepada rakan sepasukan tertentu dalam Premier League.
Topic Berkaitan
#Erling Haaland
#Manchester City
#Everton
#Premier League
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan