awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
432 anggota pasukan tindakan kecemasan dikerah sempena Tahun Baharu Cina - PLUS
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haaland ledak lima gol belasah Luton

Sinar Harian
Sinar Harian
28/02/2024
02:30 MYT
Haaland ledak lima gol belasah Luton
Aksi Haaland (kanan) berebut bola dengan pemain lawan Teden Mengi ketika Piala FA pusingan kelima antara Luton Town dan Manchester City di Stadium Kenilworth Road, Luton, England, 27 Feb 2024. (Foto AP)
ERLING Haaland kembali ke prestasi terbaiknya apabila menjaringkan lima gol ketika Manchester City membelasah Luton Town 6-2 di Kenilworth Road untuk mara ke suku akhir Piala FA.
Luton gagal menghalang naluri pemusnah penggempur Norway itu yang mencipta hatrik City kelapan sebelum rehat dan kemudian menjaringkan dua lagi gol selepas rehat untuk menundukkan Luton.
Empat gol pertama Haaland semuanya berpunca daripada bantuan Kevin De Bruyne selain Mateo Kovacic juga meledak satu gol untuk juara bertahan itu yang tidak tewas dalam 18 perlawanan dalam semua pertandingan.
Luton mengancam untuk bangkit apabila Jordan Clark menjaringkan gol cantik pada separuh masa pertama dan sekali lagi menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua.
Namun, City menunjukkan karakter mereka untuk memastikan mereka mara ke pusingan seterusnya.
“Kevin De Bruyne sangat luar biasa. Dia melakukan yang terbaik. Seronok bermain dengannya.
“Kami tahu apa yang kami berdua mahukan antara satu sama lain. Ia satu kerjasama baik. Saya kembali ke tahap terbaik saya dan ia adalah perasaan yang luar biasa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Piala FA
#Luton Town
#Erling Haaland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan