awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haaland pemain terbaik UEFA

Sinar Harian
Sinar Harian
01/09/2023
02:50 MYT
Haaland pemain terbaik UEFA
Haaland memegang trofi selepas dianugerahkan sebagai pemain terbaik UEFA 2023/24 pada Forum Grimaldi di Monaco, 31 Ogos 2013. (Foto AP)
ERLING Haaland dan pengendali pasukan Manchester City, Pep Guardiola memenangi anugerah UEFA untuk pemain terbaik dan jurulatih terbaik tahun ini.
Haaland menewaskan rakan sepasukannya, Kevin De Bruyne dan juara Piala Dunia 2022, Lionel Messi selepas membantu City memenangi tiga trofi utama, Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.
Sebelum ini, pemain berusia 22 tahun itu dinamakan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England dan menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan dalam semua pertandingan musim lalu.
“Saya memenangi treble pada usia 22 tahun. Saya seperti sedang berada dalam mimpi.
“Musim ini adalah tentang memastikan fokus saya jelas. Lebih banyak mata akan tertumpu kepada saya dan pasukan saya selepas memenangi Liga Juara-Juara. Kami harus lebih tajam dan lebih bersedia," kata Haaland.
Dalam pada itu, Guardiola memenangi anugerah tersebut mendahului pengendali dari Itali, Luciano Spalletti yang membawa Napoli merangkul kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun.
Guardiola turut menewaskan Simone Inzaghi iaitu pengendali Inter Milan yang menjadi naib juara Liga Juara-Juara dan memenangi Piala Itali.
Sementara itu, pengurus England Sarina Wiegman dinobatkan Jurulatih Wanita Terbaik Tahunan selepas membawa Lionesses ke final Piala Dunia manakala pemenang Piala Dunia dari Sepanyol Aitana Bonmati dipilih pemain terbaik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Erling Haaland
#Pep Guardiola
#anugerah UEFA
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan