awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafizh kemalangan di Sepanyol

Sinar Harian
Sinar Harian
01/05/2018
00:17 MYT
Hafizh kemalangan di Sepanyol
Hafizh mengucapkan terima kasih kepada peminat dan semua yang telah mendoakan kesihatan beliau. - Instagram hafizh_syahrin
PELUMBA MotoGP, Hafizh Syahrin Abdullah terlibat dalam satu kemalangan ketika berbasikal dalam sesi latihan di Cataluna, Sepanyol.
Menerusi satu entri di laman Instagramnya malam tadi, Hafizh yang turut digelar El Pescao telah memuat naik gambar yang menunjukkan kesan luka di peha dan lengan akibat kemalangan itu.
"Crash on training today 60kmh the speed (Terbabas sewaktu sesi latihan hari ini dengan kelajuan 60 km/j)," tulisnya.
Bagaimanapun, difahamkan Hafizh tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat kemalangan tersebut.
Akibat posting tersebut, ruangan komen Hafizh telah dibanjiri peminat yang mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat beraksi di Jerez, 4 hingga 6 Mei ini.
Crash on training today 60kmh the speed!
Selain peminat, laman Instagram rasmi MotoGP turut meninggalkan komen di posting tersebut.
"Please be careful! Glad youre relatively OK though (Tolong berhati-hati. Mujurlah keadaan awak agak baik)," tulisnya.
Hafizh dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan semua yang telah mendoakan kesihatan beliau di ruangan komen tersebut.
Topic Berkaitan
#basikal
#Cataluna
#el pescao
#Hafizh Syahrin
#Instagram
#jerez
#kemalangan
#komen
#latihan
#MotoGP
#pelumba
#peminat
#sepanyol
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan