awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT

Bernama
Bernama
10/10/2023
21:10 MYT
Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT
Dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini, JDT mengesahkan akan terus melebarkan sayap dengan menceburi sukan permotoran bersama Hafizh Syahrin bermula tahun depan. - Foto FB Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Selepas mendapat tajaan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk menunjukkan 'taring sebenar' di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
Pelumba berusia 29 tahun itu berkata sudah pasti impiannya mampu tercapai apabila kemudahan dan kelengkapan fasiliti yang disediakan JDT berada dalam kelas tersendiri.
Hafizh turut menzahirkan penghargaan kepada pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi peluang kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.
"Saya harap dapat menunjukkan kebolehan yang sebenar dalam memastikan JDT Racing Team berjaya sebagai pasukan yang boleh menaikkan nama JDT dalam sukan permotoran.
"....dan telah terbukti apabila JDT membuat sesuatu mesti bersungguh-sungguh dan profesional. Jika dilihat kemampuan dari segi fasiliti, kemajuan dan sumber-sumber yang disediakan adalah sangat baik," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam hantaran di Facebook Johor Southern Tigers baru-baru ini, JDT mengesahkan akan terus melebarkan sayap dengan menceburi sukan permotoran bersama Hafizh Syahrin bermula tahun depan.
JDT Racing Team akan mula beraksi di ARRC pada musim 2024.
Selain bola sepak, JDT turut menceburi sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hafizh Syahrin Abdullah
#JDT
#taring sebenar
#Kejuaraan Motosikal Asia
#ARRC 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan