awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Danish naik podium lagi di Litar Jerez

Bernama
Bernama
27/04/2025
09:26 MYT
Hakim Danish naik podium lagi di Litar Jerez
Kejayaan berganda itu menyaksikan Hakim Danish mengungguli carta teratas perlumbaan itu dengan mengumpul 40 mata. - Instagram @rcb.global
KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sekali lagi beraksi cemerlang apabila menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Piala Rookies di kedudukan podium hari ini.
Berbekalkan kejayaan podium pada perlumbaan satu di Litar Jerez semalam, pelumba kelahiran Terengganu itu mempamerkan tunggangan terbaik apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua, ketinggalan 0.031 saat (s) di belakang pelumba Australia Carter Thompson yang mencatat masa 25 minit 46.043s untuk meraih tempat pertama.
Pelumba Amerika Syarikat Kristian Daniel ketinggalan 0.294s di kedudukan ketiga.
Kejayaan berganda itu menyaksikan Hakim Danish mengungguli carta teratas perlumbaan itu dengan mengumpul 40 mata, di hadapan Thompson (38 mata) dan pelumba Sepanyol Brian Uriarte (25 mata).
Sebelum ini, pelumba berusia 17 tahun itu turut menaiki podium pada perlumbaan kedua edisi 2024 di litar berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hakim Danish
#piala rookies
#Litar Jerez
#Grand Prix Sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan