awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Danish raih kedudukan ketiga di Portimao

Bernama
Bernama
26/03/2023
11:13 MYT
Hakim Danish raih kedudukan ketiga di Portimao
Dalam penampilan sulungnya di pentas antarabangsa itu, Hakim memperbaiki kedudukan kelima yang diraihnya pada Perlumbaan 1 semalam. - Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli nyata berada dalam kelas tersendiri, selepas membuka tirai kejuaraan Red Bull Rookies Cup 2023 dengan meraih kedudukan ketiga dalam Perlumbaan 2 di Portugal, hari ini.
Pada perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, pelumba berusia 16 tahun yang membuat penampilan sulungnya di pentas antarabangsa itu, sekali gus memperbaiki kedudukan kelima diraihnya pada Perlumbaan 1 semalam.
Muhammad Hakim Danish menggunakan jentera KTM, cemerlang menamatkan saingan podium dipisahkan 0.017 saat di belakang pelumba Sepanyol, Angel Piqueras yang mengungguli tempat pertama (26:09.348s) serta rakan sepasukannya Marcos Ruda tempat kedua (26:09.350s).
Pelumba berasal dari Terengganu itu kini menduduki tangga keempat keseluruhan kejuaraan dengan mengumpul 27 mata.
Seorang lagi pelumba negara yang turut bersaing di kejuaraan itu, Danial Syahmi Ahmad Shahril pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.
Muhammad Hakim Danish dan Danial Syahmi akan meneruskan saingan kejuaraan di Litar Jerez, Sepanyol yang berlangsung pada 29 dan 30 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelumba negara
#Hakim Danish
#Red Bull Rookies Cup 2023
#Portugal
#Portimao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan