awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Emas boleh langkau RM700 segram di Malaysia susulan pengukuhan ringgit
Malaysia di landasan tepat jadi tuan rumah APG 2027 - KBS
Sektor kreatif digital, animasi berimpak tinggi agenda baharu TVET - TPM Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Danish sertai MSI Racing Team bagi saingan Moto3 musim depan

Bernama
Bernama
25/10/2025
11:30 MYT
Hakim Danish sertai MSI Racing Team bagi saingan Moto3 musim depan
Hakim Danish yang membuat penampilan sulung di MotoGP Dunia di SIC akan memulakan perlumbaan di petak ke-14 esok. - Gambar/ Bernama
SEPANG: Pelumba muda negara Hakim Danish Ramli menerima khabar gembira menjelang MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia esok apabila disahkan bakal menyertai pasukan MSI Racing Team bagi saingan kelas Moto3 musim depan.
Perkara itu diumumkan pasukan berkenaan menerusi satu hantaran di akaun media sosial rasmi mereka, hari ini.
"Sudah tentu berita ini amat menggembirakan saya dan memberi motivasi tambahan menjelang perlumbaan esok.
"Saya sangat teruja untuk menyertai Moto3 bersama MSI pada 2026. Impian saya akhirnya menjadi kenyataan dan saya akan memberikan komitmen 100 peratus tahun depan," kata pelumba berusia 18 tahun itu yang kini beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi tiket wildcard.
Hakim Danish yang membuat penampilan sulung di MotoGP Dunia di SIC akan memulakan perlumbaan di petak ke-14 esok.
Hakim Danish turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang banyak membantu dalam perjalanan kariernya.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MSI, Jordi dan Oscar, penaja saya, SIC Racing, ZK Racing, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Terengganu Inc serta semua peminat yang sentiasa mempercayai karier saya. Terima kasih banyak," katanya.
Musim depan, anak jati Terengganu itu akan bergandingan dengan pelumba Jepun, Ryusei Yamanaka, selepas rakan sepasukan Yamanaka musim ini, Angel Piqueras, disahkan akan beralih ke kelas Moto2.
Hakim Danish menamatkan kempen Red Bull Rookies Cup musim ini di kedudukan ketiga keseluruhan dengan mengumpul 171 mata selepas saingan terakhir di Litar Misano pada September lalu -- hanya ketinggalan 65 mata di belakang juara keseluruhan, Brian Uriarte dari Sepanyol.
Tempat kedua keseluruhan pula menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pramata, yang mengumpul 181 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hakim Danish
#Moto3
#MotoGP
#MSI Racing Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan