awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah jamin promosi bakat Malaysia di pentas dunia

Bernama
Bernama
06/03/2023
11:16 MYT
Hannah jamin promosi bakat Malaysia di pentas dunia
Pertemuan Hannah dengan pelumba cilik, Travis Teoh, di Parlimen baru-baru ini membuatkan beliau kagum dengan impiannya dalam sukan permotoran. - Facebook Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memberi jaminan akan berusaha meningkatkan dan mempromosikan bakat Malaysia yang mampu beraksi di pentas dunia melalui pelbagai kerjasama perkongsian strategik.
Menerusi catatan Facebooknya hari ini, Hannah, berkata pertemuan dengan pelumba cilik, Travis Teoh, di Parlimen baru-baru ini membuatkan beliau kagum dengan impian kanak-kanak 12 tahun itu dalam sukan permotoran.
Hannah turut membuat panggilan video dengan juara dunia dua kali Formula Satu (F1), Fernando Alonso mengenai perkembangan kerjaya pelumba muda itu selepas Travis dipilih sendiri oleh Alonso untuk menyertai program pembangunan bakat muda di bawah syarikat Pengurusan A14 milik pelumba F1 itu.
"Saya bertanya kepada Travis sama ada dia boleh memberitahu saya sesuatu tentang dirinya. Jawapannya meninggalkan kesan yang berkekalan - saya bekerja keras untuk segala-galanya...untuk merealisasikannya, saya terus akan bekerja lebih keras.
"Ini bukan jawapan biasa daripada budak lelaki berusia 12 tahun. Saya tahu dia serius tentang perlumbaan. Saya mahu pastikan tidak terlepas menyokong bakal juara dunia Malaysia," katanya.
Travis mula berkecimpung dalam dunia sukan permotoran semasa berusia enam tahun di bawah bimbingan Double R Motorsport (DRM) yang dimiliki oleh Mohd Rohairijaz Mohd Ropin.
Sebelum ini, Travis memenangi pelbagai gelaran kebangsaan dan antarabangsa termasuk DPK Racing serta muncul juara kelas OK pada Kohanan Dunia FIA-CIK 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#bakat Malaysia
#Pentas Dunia
#prestasi
#travis teoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan