Rakyat Malaysia secara amnya masih belum mengamalkan budaya sukan secara menyeluruh, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau, hanya 40 peratus jumlah penduduk negara ini yang mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dalam kehidupan mereka.
"Maka tidak hairanlan jika kita lihat kepada negara-negara maju seperti Australia, Jepun, United Kingdom dan lain-lain, mereka mampu berjaya menjadi pemenang pingat yang banyak di Sukan Olimpik kerana rakyatnya membudayakan sukan.
"Bagaimana kita hendak mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Azizulhasni Awang dan Pandelela Rinong sekiranya rakyat tidak bersukan.
"Kita tidak tahu bila akan muncul atlet yang setanding mereka yang mempunyai prestasi cemerlang selepas ini," katanya semasa berucap melancarkan acara marathon HSN21KM di Galeri KBS, di sini hari ini.
Katanya penganjuran Hari Sukan Negara umpamanya, adalah bagi mencetus gelombang untuk membentuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat di negara ini.
"Kita (Kementerian Belia dan Sukan) sasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan dengan lebih 60 peratus rakyat libatkan diri dalam aktiviti kecergasan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," katanya dalam sidang akhbar selepas itu.
Katanya, masalah obesiti yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan rakyat di negara ini adalah semakin meruncing.
"Ini disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan penyertaan dalam sukan yang sangat kurang," katanya.
Tujuan Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai program seperti FitMalaysia, Hari Sukan Negara dan pelbagai lagi program adalah untuk mencetuskan gelombang penyertaan rakyat dalam sukan dan kecergasan, katanya.
"Ia adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah gaya hidup dan menjadikan Malaysia negara bersukan.
"Adalah menjadi harapan saya...bila kita ada rakyat yang cergas, yang membudayakan sukan, ia boleh menyediakan ekosistem yang membolehkan kita melahirkan lebih ramai lagi atlet-atlet yang boleh mengharumkan nama negara kita," kata Khairy.
Bernama
Mon Aug 29 2016
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, masalah obesiti yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan rakyat di negara ini adalah semakin meruncing. - Gambar fail
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Hanya 40% rakyat Malaysia amal gaya hidup sihat - Khairy
Rakyat Malaysia secara amnya masih belum mengamalkan budaya sukan secara menyeluruh, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.