awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya dua wakil Malaysia mara ke pusingan ketiga kejohanan skuasy dunia

Bernama
Bernama
12/05/2025
03:40 MYT
Hanya dua wakil Malaysia mara ke pusingan ketiga kejohanan skuasy dunia
Menanti Sivasangari, yang berada di ranking kesembilan dunia itu, pemain tuan rumah Amanda Sobhy. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hanya dua wakil negara berjaya meloloskan diri ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat awal pagi tadi.
Kejohanan yang berlangsung di University Club of Chicago itu menyaksikan pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari yang menjadi pilihan ketujuh kejohanan menewaskan Sana Ibrahim dari Mesir 11-4, 11-6, 5-11, 11-5.
Menanti Sivasangari yang berada di ranking kesembilan dunia itu pemain tuan rumah Amanda Sobhy yang mengecewakan wakil Mesir Kenzy Ayman 11-4, 11-3, 11-4 dalam satu lagi pusingan kedua.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara yang juga pemain nombor 10 dunia Ng Eain Yow berjaya meneruskan momentum kecemerlangannya apabila mudah mengetepikan wakil Pakistan Muhammad Asim Khan 11-4, 11-2, 11-4.
Eain Yow yang merupakan pilihan ke-10 dijangka berdepan cabaran sukar apabila dijadual bertemu pemain nombor satu dunia Mostafa Asal dari Mesir di pusingan ketiga.
Nasib berbeza bagi Rachel Arnold yang ditunjukkan jalan pulang selepas ditewaskan pemain nombor empat dunia Olivia Weaver 5-11, 2-11, 13-11, 5-11 selain Aira Azman turut pulang awal selepas dikecewakan pemain Mesir Salma Hany 6-11, 10-12, 4-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSA
#pusingan ketiga
#S Sivasangar
#Ng Eain Yow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami