awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya gandingan Vivian-Khe Wei teruskan cabaran di Terbuka Switzerland

Bernama
Bernama
16/03/2017
06:34 MYT
Hanya gandingan Vivian-Khe Wei teruskan cabaran di Terbuka Switzerland
Gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei teruskan cabaran demi negara. - Gambar fail
Gandingan beregu wanita utama, Vivian Hoo-Woon Khe Wei menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan cabaran di Grand Prix Emas Terbuka Switzerland, pada lewat Rabu (awal pagi Khamis di Malaysia).
Pilihan ketiga itu menewaskan Lin Xiao Min-Wu Fang Chien dari Taiwan 21-18, 21-14 di pusingan pertama yang diadakan di Arena St. Jakobshalle, demikian menurut lawan web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.
Vivian-Khe Wei akan menentang satu lagi pasangan Taiwan, Chiang Kai Hsin-Hung Shih Han di pusingan kedua hari ini selepas lawan itu menewaskan pasangan bidan terjun, Khairunnisa Imma Muthiah-Jenjira Stadelmann (Indonesia/Belanda) 21-16, 21-17.
Cabaran Malaysia dalam tiga lagi acara - perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki - berakhir selepas tewas kepada lawan masing-masing.
Beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas 26-28, 18-21 kepada naib juara Seluruh England, Li Junhui-Liu Yuchen dari China di pusingan pertama.
Turut mengalami nasib sama, bekas juara perseorangan Seluruh England, Muhammad Hafiz Hashim yang berganding dengan Mohd Razif Abdul Latif, apabila kalah 8-21, 9-21 di tangan Mathias Christiansen-David Daugaard dari Denmark.
Pemain profesional negara, Tan Boon Heong yang berganding dengan bekas juara Olimpik dan dunia, Hendra Setiawan dari Indonesia, memberi tentangan hebat kepada pilihan ketiga, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark sebelum tewas 13-21, 21-15, 14-21.
Goh Chiap Chin dan Yap Rui Chen pula tersingkir dalam kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah US$120,000 (RM532,528), masing-masing di pusingan awal perseorangan lelaki dan wanita pada Selasa.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Grand Prix
#Terbuka Switzerland
#Vivian Hoo
#Woon Khe Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan