KUALA LUMPUR: Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL), dalam satu kenyataan, memaklumkan mereka hanya menerima bidaan daripada JDT untuk menjadikan SSI sebagai venue final Piala FA 2023 selepas proses bidaan ditutup pada jam 5 petang, 24 Mei llalu..
"Dalam tempoh bidaan dibuka pada 19 Mei hingga 24 Mei, hanya JDT mengemukakan permohonan di mana tiada sebarang bidaan diterima MFL daripada kelab lain atau memohon lanjutan tempoh bidaan meskipun peringatan sudah diberikan kepada semua kelab," menurut kenyataan dimuat naik di Facebook MFL, hari ini.
Bagi melayakkan bidaan, MFL menyatakan kelab dan venue perlawanan yang dinamakan hendaklah mematuhi syarat ditetapkan seperti termaktub dalam Manual Liga Malaysia 2023.
Antara kriteria ditetapkan adalah sokongan kerajaan tempatan serta pihak berkuasa dan keselamatan tempatan, kesediaan stadium serta fasiliti sedia ada menganjurkan perlawanan akhir berskala besar dan permukaan padang baik selain bersedia dengan sebarang keadaan cuaca dan pencahayaan diperlukan.
MFL menjelaskan pemilihan venue bagi edisi 2023 dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak boleh digunakan bagi final Piala FA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai ini.
"SNBJ masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober jadi MFL tidak dapat menggunakan stadium itu bagi final Piala FA kali ini," menurut kenyataan itu.
MFL juga menyatakan mereka tidak dapat menangguhkan final tersebut susulan kekangan kalendar pertandingan selepas Oktober yang padat seperti Liga Super, Piala Malaysia selain tugasan antarabangsa pasukan kebangsaan (FIFA days), Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bermula September hingga Disember ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023. - Gambar fail/BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Aksi tertunda Perak, JDT diubah ke Stadium Sultan Ibrahim
Perak telah diminta untuk menamakan venue alternatif, berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
Bekas pemain Atletico Madrid lawat SSI, tinjau sesi latihan JDT
Bekas tonggak di bahagian pertahanan Atletico Madrid dan Sepanyol, Juanfran, muncul di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Kelantan Darul Naim mohon SSI sebagai gelanggang tuan rumah
Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses naik taraf sehingga pertengahan Oktober depan.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
JDT tewaskan Kuching City FC 2-0
Harimau Selatan bermula garang apabila menggempur benteng skuad pelawat sehingga terhasil jaringan pada minit ke-34.
Lelaki dipukul semasa menonton perlawanan bola antara JDT dan KL City
Mangsa yang berusia 30 tahun itu mengesyaki dirinya dipukul oleh anggota pasukan keselamatan.
Penyokong banjiri Stadium Sultan Ibrahim saksikan final Piala FA
Stadium Sultan Ibrahim sesak dengan kehadiran penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC pada malam ini.
Final Piala FA: 750 pegawai, anggota polis pantau keselamatan
Pemantauan keselamatan dengan kerjasama marsyal stadium itu termasuk dalam memastikan kelancaran lalu lintas pada hari berkenaan.
Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.
Dunia iktiraf Stadium Sultan Ibrahim
Stadium Sultan Ibrahim telah menarik perhatian pemerhati dengan pengurusan profesional, pemeliharaan dan reputasi stadium tersebut.