awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Harimau Malaya bermain untuk penyokong' - Syamer

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2024
08:47 MYT
'Harimau Malaya bermain untuk penyokong' - Syamer
Pemain tengah Malaysia, Syamer Kutty Abba pada sidang media hari ini, Malaysia menentang Filipina separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. - Foto Bernama
SKUAD Harimau Malaya akan tampil dengan persembahan terbaik untuk kembali menambat hati penyokong pada aksi Pestabola Merdeka menentang Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.
Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba berkata, tindakan sesetengah penyokong yang mahu memboikot sememangnya memberikan impak namun percaya mampu memenangi hati mereka semula dengan kemenangan dalam perlawanan pertama menentang skuad The Azkals.
"Saya fikir perkara paling istimewa buat Malaysia ialah penyokong dan perkara paling istimewa di Bukit Jalil ialah penyokong yang memenuhi stadium.
"Seperti saya katakan, perkara ini (boikot) kita tidak boleh kawal. Apa yang kita boleh kawal adalah bagi persembahan terbaik dan kemudian penyokong boleh datang seperti sebelum ini dan bersatu kembali.
"Kami bermain untuk penyokong dan sebab itu kami juga bekerja keras untuk penyokong. Apabila lihat mereka bersorak dan berjuang bersama kami di luar padang, itu menjadi satu tonik.
"Ia satu perkara menyedihkan sebab saya datang ke sini dan semangat saya adalah penyokong, tetapi apabila ini berlaku ia akan beri impak kepada pasukan. Tetapi kami tetap akan beri yang terbaik," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan pada Selasa.
Penganjuran Pestabola Merdeka kali ini mungkin berlangsung hambar selepas wujud gerakan untuk memboikot kejohanan tersebut oleh Ultras Malaya dan beberapa Ultras negeri.
Ia susulan beberapa masalah yang timbul seperti isu peletakan jawatan bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon serta beberapa perkara berkaitan Liga Malaysia (Liga-M) yang menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong. -- Sinar Harian
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Pestabola Merdeka
#menentang Filipina
#Syamer Kutty Abba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan