awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya lonjak enam anak tangga ranking FIFA, pencapaian terbaik dalam tempoh 19 tahun

Bernama
Bernama
10/07/2025
13:00 MYT
Harimau Malaya lonjak enam anak tangga ranking FIFA, pencapaian terbaik dalam tempoh 19 tahun
Perkembangan positif tersebut dikongsikan FAM menerusi hantaran di laman media sosial rasmi mereka. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kedudukan Harimau Malaya melonjak enam anak tangga ke ranking ke-125 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan hari ini.
Pencapaian itu merupakan yang terbaik diraih skuad negara dalam tempoh hampir dua dekad, sekali gus menyuntik semangat baharu menjelang aksi seterusnya dalam kempen Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadual bermula hujung bulan depan.
Perkembangan positif tersebut dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman media sosial rasmi mereka.
Kedudukan ranking itu adalah yang terbaik dalam tempoh 19 tahun sejak kali terakhir berada pada kedudukan ke-125 dunia pada Februari 2006.
Lonjakan ranking itu disumbang menerusi dua keputusan memberangsangkan sebelum ini, iaitu seri 1-1 menentang Cape Verde dalam aksi persahabatan pada Mei lalu, serta kemenangan bergaya 4-0 ke atas Vietnam dalam perlawanan kelayakan Piala Asia bulan lepas.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik serantau apabila menghuni tangga ke-102 dunia, diikuti Vietnam (113), Indonesia (118), manakala Malaysia (125).
Sementara itu, di peringkat global, Argentina terus mempertahankan kedudukan selaku pasukan nombor satu dunia, diikuti Sepanyol, Perancis dan England.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#FIFA
#media sosial
#pasukan terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan