Biarpun hanya dua kemenangan berjaya dicatat dalam 10 pertemuan sebelum ini, skuad Harimau Malaya tetap memiliki kemampuan mencipta kejutan apabila berdepan Thailand pada aksi separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018.
Di atas kertas Thailand yang muncul juara Kumpulan B dengan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan dilihat sebagai pasukan pilihan, namun pengendali PKNP FC Abu Bakar Fadzim percaya Malaysia berupaya mencalar rekod bersih skuad 'Gajah Perang' itu.
Bekas pemain Perak itu berkata tidak mustahil Malaysia mampu meraih kemenangan pada Sabtu ini sekiranya mengambil kira prestasi keseluruhan ditonjolkan anak buah ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe ketika membenam Myanmar 3-0 baru-baru ini.
"Pasti ada sedikit kesukaran berdepan Thailand kerana mereka adalah pasukan pilihan. Thailand memiliki kualiti pemain yang baik dan ia dibuktikan apabila kita melihat prestasi terkini mereka yang berjaya memenangi semua perlawanan dengan selesa dalam peringkat kumpulan.
"Tetapi Malaysia mampu cipta kejutan. Prestasi pasukan semakin baik dan kemenangan ke atas Myanmar memberi keyakinan dan motivasi kepada pasukan. Kita juga diberi kelebihan bermain di laman sendiri dahulu jadi gunakan ia sebaik mungkin untuk bawa bekalan selesa ke Bangkok," katanya kepada Bernama.
Malaysia akan melayani kunjungan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini dalam aksi separuh akhir pertama sebelum berkunjung ke Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok untuk aksi timbal balik pada 5 Dis.
Sementara itu, Abu Bakar berkata kekebalan benteng pertahanan adalah elemen utama yang perlu dititikberatkan untuk mengekang Thailand yang terkenal dengan corak permainan pantas daripada merobek gawang negara.
Katanya, barisan pertahanan negara perlu lebih berhati-hati dalam menyerap gerakan serangan lawan selain kekal disiplin daripada membuat kesilapan mudah ketika bertahan.
"Kita tidak boleh berikan mereka ruang walaupun sedikit kerana itu akan dimanfaatkan sepenuhnya Thailand untuk menghukum kita. Kita sedia maklum kekuatan Thailand adalah ketika mereka menyerang jadi pertahanan negara perlu kekal fokus sepanjang perlawanan," tambah beliau.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand adalah pada final edisi 2014 menyaksikan Malaysia menang 3-2, namun gagal menjulang piala berikutan keputusan agregat 4-3 memihak pasukan Thailand.
Dalam 10 pertemuan terdahulu, Malaysia menang dua, seri dua diikuti tewas enam kali.
Bernama
Mon Nov 26 2018
Tidak mustahil sekiranya mengambil kira prestasi keseluruhan ditonjolkan anak buah ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe ketika membenam Myanmar 3-0 baru-baru ini. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Thanabalan masih muda dan berpontensi - Abu Bakar Fadzim
Abu Bakar merancang menjadikan Thanabalan pemain utama pasukannya musim ini, namun menegaskan dia terlebih dahulu perlu membuktikan kesungguhannya.
Perak buktikan reputasi 'abang' di Manjung
Perak menutup tirai pusingan pertama Liga Super dengan bergaya apabila membelasah PKNP FC 4-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.
Kelibat Eki mampu beri kelebihan kepada Harimau Malaya berdepan Thailand
Penyerang negara, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mampu memainkan peranan penting dalam skuad Harimau Malaya yang akan turun menentang Thailand pada aksi separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.
Harimau Malaya mampu cipta kejutan berdepan Thailand
Biarpun hanya dua kemenangan berjaya dicatat dalam 10 pertemuan sebelum ini skuad Harimau Malaya tetap memiliki kemampuan mencipta kejutan apabila berdepan Thailand pada aksi separuh akhir AFF Suzuki.