Skuad Harimau Malaya tidak mempunyai pilihan selain perlu menang pada baki dua perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019, bagi mencerahkan peluang beraksi pada kejohanan berkenaan.
Skuad Harimau Malaya akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi pada 3 Sept, dan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 Sept ini.
Menurut laporan Bernama, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata rombakan atau pemilihan pemain kebangsaan bagi menghadapi kedua-dua perlawanan itu, akan ditentukan sendiri oleh ketua jurulatih, Dollah Salleh.
"Pasukan negara perlu menang, jika tidak habislah. Mengenai pengguguran beberapa pemain, saya tidak berhubung (berbincang) dengan Dollah mengenainya.
"Dulu (ya), saya pernah berkata demikian kepada beliau (Dollah) selepas Piala AFF Suzuki 2015, tetapi selepas itu saya tidak pernah berbincang soal itu (menggugurkan pemain)," katanya.
Malaysia kini menduduki tangga terakhir daripada empat pasukan dalam Kumpulan A, dengan satu mata menerusi satu keputusan seri dan satu kekalahan.
Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah berkata FAM masih berbincang dengan pengurusan pasukan Lions XII berhubung penyertaan kelab dari Singapura itu dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Pasukan Lions XII sebelum ini, mempunyai perjanjian dengan FAM untuk beraksi dalam Liga Malaysia selama empat tahun bermula 2011.
Sementara itu, Tengku Abdullah berkata setakat ini, beliau tidak menerima kenyataan rasmi daripada pasukan Brunei yang dikatakan berminat menyertai saingan Liga Malaysia 2016.
"FAM melihat pada merit sekiranya pasukan luar mahu menyertai liga kita, pasukan itu mesti kompetitif. Jika Brunei berminat menyertai Liga Malaysia, kita perlu mengkaji terlebih dahulu," katanya.
Astro Arena
Fri Aug 21 2015
TENGKU ABDULLAH: Rombakan atau pemilihan pemain kebangsaan bagi menghadapi baki dua perlawanan Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Asia 2019, akan ditentukan sendiri oleh ketua jurulatih, Dollah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC
Keputusan seri itu membolehkan Penang FC kekal di tangga keempat liga berkongsi 15 mata bersama Terengganu FC di kedudukan ketiga.
Penang FC bukan 'Liverpool Malaysia'
Raut wajah Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dikatakan agak mirip dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.
Apa yang kita perlu tahu mengenai penyambungan semula EPL
Tarikh sambung semula liga sudah dipersetujui, namun adakah ia muktamad?
Liverpool tunggu khabar Salah, Klopp berang terjahan Choudhury
Jurgen Klopp berang dengan terjahan lewat daripada Hamza Choudhury terhadap Mohamed Salah yang menyaksikan pemain sayap Liverpool itu terpaksa dikeluarkan.
Kejohanan AFF B-22: Malaysia tewas aksi pembukaan
Skuad negara gagal membuka kempen Kejohanan AFF B-22 dengan nota kemenangan sebaik kecundang 0-1 di tangan pasukan tuan rumah, Kemboja.
Penyokong Harimau Malaya disaran guna LRT, MRT Selasa ini
Orang ramai yang mahu menyaksikan saingan pusingan pertama final Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil Selasa ini disaran menggunakan LRT dan MRT.
Klopp label Ramos "kejam", "brutal"
Jurgen Klopp menyelar pendekatan agresif Sergio Ramos dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) dengan membandingkan tindakan kapten Sepanyol itu seperti seorang "ahli gusti yang brutal".
The Reds berkenduri gol, Real Madrid tak cukup selesa
Sadio Mane cipta hatrik membelasah Porto dengan kemenangan 5-0.
Pulau Pinang juara Piala Emas Raja-Raja
Pulau Pinang berjaya menamatkan kemarau 15 tahun untuk menjulang Piala Emas Raja-Raja apabila mengalah Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir edisi ke-77.
Twitter 'diulang kicau', impian Thanabalan bawa ayah saksi final jadi kenyataan
Impian penyerang sensasi negara, N. Thanabalan, untuk membawa bapanya menyaksikan pelawanan akhir antara Malaysia menentang Thailand hari ini mungkin menjadi kenyataan gara-gara Twitter.