awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya tagih sokongan kuat peminat menentang Singapura malam ini

Bernama
Bernama
02/01/2023
20:00 MYT
Harimau Malaya tagih sokongan kuat peminat menentang Singapura malam ini
Pan Gon berkata sokongan luar biasa daripada peminat pastinya akan membantu Malaysia dalam misi merangkul kemenangan ke atas Singapura. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya merayu sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat menjelang perlawanan penting antara Malaysia dengan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam ini.
Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata peminat sentiasa memberi sokongan yang diperlukan pasukannya setakat ini, namun malam ini, sokongan luar biasa daripada peminat pastinya akan membantu Malaysia dalam misi merangkul kemenangan ke atas Singapura.
"Seperti selalunya saya rasa peminat bola sepak Malaysia memberi sokongan padu, yang amat dihargai, tetapi kami memerlukan sokongan istimewa daripada peminat bola sepak Malaysia untuk pemain-pemain Harimau Malaya.
"Esok (hari ini) akan kami jadikan seperti festival, jadi semua datanglah memberi sokongan kepada kami, kami akan memberikan yang terbaik untuk berjuang demi anda," katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil di sini, semalam.
Selepas Singapura seri tanpa jaringan ketika menentang Vietnam, Jumaat lepas, Malaysia tiada pilihan kecuali merekodkan kemenangan untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak daripada tersingkir awal buat kali kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.
Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri malam ini, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.
Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol 'epik' lewat permainan - penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir.
Menurut perkongsian Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia setakat malam tadi, lebih 43,000 tiket telah dijual menjelang pertembungan malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#Malaysia
#Singapura
#sokongan peminat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan