awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Muda diingatkan jangan leka - Hamidin

Bernama
Bernama
02/06/2023
08:56 MYT
Harimau Muda diingatkan jangan leka - Hamidin
Hamidin menekankan seruan ke peringkat Asia adalah cabaran yang harus dihargai setiap pemain dan perlu berjuang dengan sehabis baik demi Malaysia. - Fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mahu skuad Bawah 17 Tahun (B-17) kebangsaan tidak leka dalam perjuangan mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi.
Beliau dalam masa sama menekankan seruan ke peringkat Asia adalah cabaran yang harus dihargai setiap pemain dan perlu berjuang dengan sehabis baik demi Malaysia.
"Bagaimanapun, setiap pemain diingatkan tidak boleh leka kerana lawan di peringkat Asia ini memiliki kekuatan setara.
"Namun, saya yakin pemain dilihat bersedia cuma apa yang penting ialah semangat berjuang demi negara yang tinggi perlu diterapkan. Kita tidak boleh leka," katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi FAM hari ini.
Skuad Harimau Malaya B-17 kini dalam kem latihan pusat fasa akhir menjelang Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand yang dijadual berlangsung pada 15 Jun hingga 2 Julai.
Selain itu, skuad B-17 dalam masa sama dijadualkan berdepan dalam perlawanan persahabatan membabitkan dua pasukan gergasi Asia iaitu Uzbekistan pada Selasa depan (6 Jun) dan Arab Saudi pada Jumaat (9 Jun) sebagai persiapan sebelum saingan Piala Asia bermula.
Pada saingan Piala Asia, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Yaman, Laos dan pasukan tuan rumah, Thailand.
Jika layak ke peringkat lapan terbaik, lawan yang dijangka menanti skuad negara adalah tiga pasukan terkuat benua ini dari Kumpulan B antara Korea Selatan, Qatar atau Iran, dengan Afghanistan melengkapkan kumpulan itu.
Malaysia bakal mengharungi saingan Piala Asia dengan empat tiket automatik ke kejohanan Piala Dunia B-17 2023 di Peru pada hujung tahun ini menjadi rebutan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau muda
#Hamidin Mohd Amin
#FAM
#skuad Bawah 17 Tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan