KUALA LUMPUR: Laungan Johor untuk muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 terus bergema apabila kontinjen itu mencapai sasaran 50 pingat emas, semalam.
Menerusi 46 pingat emas yang ditawarkan, 15 daripadanya dirangkul kontinjen Johor sekali gus menjadi pemangkin kepada kutipan jumlah pingat tertinggi selain bukti penguasaan mereka bergelar pendahulu keseluruhan Sukma sukar digugat.
Berbeza dengan kontinjen lain hanya meraih maksimum lima pingat emas semalam, Johor terus memberikan amaran bahawa lebih banyak pingat akan dituai berbaki tiga hari lagi sebelum temasya Sukma menutup tirai.
Sukan kanu paling menceriakan kontinjen Johor apabila tujuh pingat emas disumbangkan diikuti sukan menembak dua pingat emas.
Turut menyumbang emas buat Johor adalah masing-masing satu daripada judo, akuatik renang, berbasikal trek dan angkat berat (1).
Tatkala Johor dengan kutipan pingat emas itu, kontinjen lain tidak kurang hebatnya apabila Pahang mendominasi sukan menembak di Lapang Sasar Menembak Nasional, Subang.
Sebanyak enam pingat emas ditawarkan di venue itu, empat daripadanya berjaya disambar oleh skuad lelaki menerusi acara pistol 25meter (m) individu dan berpasukan, 50m Rifle Prone individu dan berpasukan.
Berdasarkan kedudukan pingat emas semalam, Johor kekal mendahului dengan 50 pingat emas jauh meninggalkan Terengganu (26) dan Wilayah Persekutuan (22).
Hari ini, sebanyak 52 pingat emas bakal menjadi rebutan kesemua kontinjen dengan 14 daripadanya mengambil tempat di Plaza South City, Seri Kembangan bagi sukan muay thai.
Sementara tujuh pingat ditawarkan sukan judo di Dewan Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam selain menyaksikan sukan pencak silat membuka tirainya hari ini, menawarkan tujuh pingat emas di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Dari kiri, atlet Johor Nurul Heryani Arfida Mohd Arifin, Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin dan Mumtazah Syahiidah Shamsuri meraih pingat emas dalam acara 10 Meter Air Pistol Pasukan Wanita pada Sukan Malaysia, 20 Sept 2022. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.