HECTOR Bidoglio kini dikaitkan bakal kembali memimpin skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan kelab tidak lagi bergandingan bersama Esteban Solari.

Berikutan pengumuman kelab dalam usaha untuk memastikan kelab terus kekal kukuh bagi kelangsungan jangka panjang, nama Solari menjadi individu pertama bakal menuju jalan keluar meninggalkan Harimau Selatan itu.

Turut mengikuti Solari adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr. Leandro Pinero daripada staf kejurulatihan.

Berdasarkan maklumat yang baru diperoleh, nama bekas pengendali JDT, Hector, kini dikhabarkan bakal kembali bersama Harimau Selatan itu bagi menghadapi musim hadapan.


*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro