awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025

Bernama
Bernama
26/11/2024
02:00 MYT
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 yang akan berlangsung pada 3 hingga 9 Feb tahun depan. - Foto fail/Facebook/Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Porec, Croatia, awal tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) V. Jayanandhan berkata menerusi perencanaan badan induk sukan itu antara aksi pemanas badan tersebut membabitkan pertemuan berdepan pasukan ranking dunia lebih baik iaitu Austria (pertama) dan Belgium (ketiga).
"Kita akan adakan perlawanan pendedahan untuk skuad negara di Austria. Adakan lima hingga enam perlawanan berdepan kelab dan pasukan kebangsaan mereka sendiri.
"Seterusnya, kita akan pergi awal ke Porec (venue Piala Dunia Hoki Dalam Dewan) dan merancang mengadakan aksi persahabatan dengan Belgium serta beberapa lagi pasukan yang bukan satu kumpulan dengan kita," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di Majlis Sukan Negara, semalam.
Skuad hoki lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bagi saingan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 yang akan berlangsung pada 3 hingga 9 Feb tahun depan.
Turut bersama Malaysia dalam Kumpulan B ialah Argentina, Jerman dan Iran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia Hoki Dalam Dewan
#aksi persahabatan
#v Jayanandhan
#JKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan