Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia atasi Kanada 3-2

Pemain hoki negara,Harizan Faris (kiri) merebut bola bersama pemain Canada, Child’s Rowan (kanan) pada saingan Piala Sultan Azlan Shah ke-31 di Stadium Hoki Azlan Shah. - Foto BERNAMA
IPOH: Malaysia bangkit untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Kanada, dalam aksi kedua kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini, malam tadi.
Ringkasan AI
- Malaysia menang 3-2 ke atas Kanada dalam kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah selepas pertarungan sengit di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.
- Faizal Saari menjaringkan gol kemenangan untuk Malaysia pada minit ke-24 selepas penyerangan yang berterusan dari kedua pasukan.
- Perlawanan antara Belgium dan India terpaksa dihentikan selepas tiga minit berikutan hujan lebat, akan disambung semula pada 10 pagi esok di venue yang sama.
Penyerang sensasi negara, Faizal Saari membuktikan beliau dalam kelas tersendiri apabila menjaringkan gol kemenangan selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-24.
Kedua-dua pasukan meneruskan serangan untuk cuba mencari gol tambahan, namun keputusan 3-2 kekal hingga wisel penamat.
Terdahulu, pertembungan antara New Zealand dan Korea Selatan yang bermula 4 petang semalam, berlangsung seperti dijadualkan dengan skuad Black Sticks mencatat kemenangan 3-1.
Hujan lebat yang melanda kira-kira 6 petang tadi, memaksa perlawanan kedua membabitkan Belgium dan India dihentikan selepas tiga minit permainan bermula dan akan disambung semula pada 10 pagi esok (Selasa, 25 Nov) di venue sama.
Sementara itu, aksi Malaysia menentang Kanada yang sepatutnya bermula 8 malam, hanya dapat dimulakan pada 10.08 malam berikutan keadaan padang yang tidak sesuai susulan hujan lebat.
Malaysia dijadualkan berdepan India pada 8 malam Rabu ini, manakala Kanada bertemu New Zealand (4 petang) dan Korea Selatan akan menentang Belgium (6 petang).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


