awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki WHWL: Malaysia tewas 0-3 kepada Ireland pada final

Bernama
Bernama
22/01/2017
15:10 MYT
Hoki WHWL: Malaysia tewas 0-3 kepada Ireland pada final
Pemain Ireland Anna O'Flanagan (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang skuad negara pada Perlawanan Akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita di Stadium Hoki Tun Razak malam ini. - Foto Bernama
Malaysia Tigress sekali lagi gagal mengatasi pasukan favourite Eropah, Ireland, pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Wanita (WHWL) selepas tewas 0-3 pada final di sini malam ini.
Ini merupakan kakalahan kedua Malaysia kepada Ireland pada kejohanan itu selepas tewas 1-2 dalam perlawanan Kumpulan B pada Isnin di venue yang sama, Stadium Hoki Tun Razak, di sini.
Kedua-dua pasukan cuba mencipta peluang melalui hantaran bola turun naik tetapi penjaring utama kejohanan Anna O'Flanagan membuka jaringan untuk Ireland mendahului selepas berjaya menghasilkan gol pada minit ketujuh.
Malaysia Tigress kemudian bertindak dengan melakukan asakan dalam usaha untuk menyamakan kedudukan tetapi Nuraini Abdul Rashid gagal menyempurnakan pukulan penalti dua minit kemudian.
Skuad The Green Army kemudian menambah jaringan pada minit ke-10 melalui ketua pasukan Kathryn Mullan, yang bertindak cemerlang melepasi barisan pertahanan Malaysia dari garisan kotak penalti.
Ireland seterusnya mendahului 2-0 apabila pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan dua pukulan suduty penalti.
Zoe Wilson kemudian menambahkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke-35 untuk melengkapkan kemenangan.
Malaysia, yang menduduki ranking ke-21 dunia, melangkah ke final selepas menundukkan satu lagi pasukan pilihan Eropah dan pasukan nombor 15 dunia, Itali menerusi penentuan penalti shoot out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat perlawanan.
Ireland pula mengatasi Wales 2-0.
Terdahulu, dalam dalam aksi suku akhir, Malaysia menewaskan Thailand 3-0 selepas pada Khamis membelasah Hong Kong 9-0 dan menumpaskan Kazakhstan 13-1 dalam dua lagi perlawanan Kumpulan B. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Liga Hoki Dunia Wanita
#Malaysia kalahkan kepada Ireland
#Malaysia Tigress
#WHWL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan